Sahabat Amat Sejati :) Saya wajib follow sesiapa yg follow saya =)

di mana Dia di hatiku?

Saturday, October 30, 2010

51 Muslimah Solehah Tak Boleh Pergi Stadium ?



(klik utk tumbesaran gambar, illustrasi seorang penyokong The Red Warriors nak balik Kelate dah lepas teamnya menang =p)

Assalamualaikum wbt..

Penulis tak banyak masa ni. Rentetan dari entri sebelum ini tentang "Contest: Saya Mahu Jadi Wanita Solehah", penulis telah diajukan dengan bermacam-macam soalan oleh teman-teman tak kira di blog ini atau di fb.

Sampai ada yang kata, "Muslimah yang baik tak perlulah pergi stadium tengok bola Kelantan vs N9 Final 2010 tu..". 
Penulis rasa penulis nak radd ( balas-tolak) kenyataan ini. Betul, muslimah yang baik tak perlulah pergi bersesak-sesak ke dalam stadium yang sudah cukup padat tu. Kerana masih ada alternatif utama seperti Tv, internet dan lain-lain di rumah. Tapi bukanlah tidak boleh secara total. Malah, tidak pula menjatuhkan saham muslimah solehah jika kena caranya

Penulis cadangkan kalau nak pergi juga:-
kalau nak pergi tu pergi bersama mahram kita, duduk sekali bersama mahram kita, 
jauhkan dari seat lelaki ajnabi ( contoh bagi mak and ayah apit kita biar kita duk tengah-tengah =p ).Kalau pergi dengan kawan-kawan perempuan rasanya adalah tidak berapa selamat dan penulis tidak syorkan di sini. Apa pendapat kamu semua pula?
Kemudian, kalau nak bersorak bagi sokongan tu tak perlulah. Bagi je laluan sorakan tu kepada penonton lelaki, lagipun suara mereka lagi lantang. Sorak je dalam hati, atau genggam je tangan tu kemas2 sambil dalam hati jerit kuat2. Alternatif yang best sikit kalau nak sangat, kibarkan bendera mini team masing-masing. Tayang atau pegang je bendera tersebut rasanya dah memadai. Pakai head band, jersi team pun ok. Penulis rasa masih tak mencemar duli kesolehahan seorang muslimah. ;)
Kalau dah gol pula, cepat2 angkat tadah tangan berdoa syukur kepada Ilahi.

Oh! Hipokrit? Penulis rasa tak pun =p .
Siapa-siapa ada cadangan atau syarat-syarat lain boleh nyatakan di bahagian komen, insyaAllah penulis tambahkan di sini.

Bertandang ke stadium untuk tengok sukan tak mengapa kalau sukan tu tak dedah aurat ( tak perasan pula pemain2 bola nampak ke tak lutut ke atas ) dan mengikuti syarat-syarat Islamik yang lain. Kalau tengok konsert tu penulis memang tak support, yang tu memang out terus.

p/s: Apapun, tahniah buat team Kelate kerana berjaya mendapat Piala Malaysia buat julung-julung kalinya sbg. hadiah buat kami semua rakyat Kelantan. Alhamdulillah =)
p/s II: Kalau ada ustaz2 yang tak puas hati atau nak tegur adalah dipersilakan. Takut juga nanti dikatakan penulis amalkan gaya Islam liberal. 
p/s III: Selamat pulang kembali ke negeri Kelantan buat para penyokong The Red Warriors, sokong-sokong juga tapi dakwah mesti terus jangan dilupakan. 

51 comments:

Nabila H.... said...

Salam..

secara peribadi, rasanya tak perlulah perempuan menyokong sampai ke stadium...sebab dekat rumah pun ada siaran langsung, siap kamera zoom dekat dengan pemain lagi, berbanding tengok dekat stadium...

walaubagaimanapun, tak de lah sampai jatuh hukum haram untuk pergi ke stadium, as long as pakai pakaian yang menutup aurat(bukan tutup kulit sahaja) dalam erti kata yang sebenar -tidak ketat, tudung melabuhi paras dada, tidak menampakkan bentuk badan- dan perlulah pergi dengan mahram dan duduk bersama mahram (adjust la sesama sek2 klate-sebagaimana yang penulis blog bagitau)... jangan ber'make-up' seperti orang jahiliyyah dan jangan pakai perfume yang terlampau kuat bau kerana akan jatuh hukum berzina pula...jangan lupa, turun rumah baca bismillahitawakkaltu 'alallah semoga Allah lindungi wanita itu daripada jadi fitnah buat kaum lelaki..

untuk bersorak tu, jaga adab sebagai muslimah la...nanti jatuh maruah depan lelaki, tak tau nak letak kat mana muka nanti...

kesimpulannya, baik tengok kat rumah je la, tapi kat rumah pun, klu berkumpul dengan bukan mahram pun(cam sepupu ke), tak leh bersorak gak...sama cam kes kat stadium jugak la...senang2, tengok sesama perempuan, atau dengan adik-beradik kandung(mahram)..sekian, wassalam

SHM said...

setuju dengan nabila h, rasanya tak perlulah menyokong hingga ke stadium...

mello said...

salam..

boleh je muslimah solehah nk pergi ke stadium.. bukan stadium je la, nk pegi mana sekalipun, nak buat apa sekalipun, apa yg penting, buat sesuatu dengan berlandaskan pegangan & ajaran Islam, bab aurat, bab pergaulan dan lain2.

pegi stadium, tutup la aurat..
jgn pegi dgn laki yg bukan mahram..
jgn duk menjerit-jerit mcm org laki..cukup sekadar sorak dalam hati, org senyum je la..

yg terbaik, pegi dgn family..

perlu ke pegi ke stadium? lain feelingnya kalau menonton secara live di stadium berbanding menonton di depan tv..seperti hari raya, lebih terasa kemeriahan hari raya kalau saling kunjung mengunjung saudara mara berbanding terperap di rumah mengadap lampu raya..heeee :)

apepun, tahniah kpd Kelate..
ambo banggo jd ank kelate! heeee

mello said...

ops, t'silap taip

"org senyum je la"

act

"palng kurng pn senyum je la" hahaa :)

lady-D said...

lebih afdal tgk kat rumah jer..

Nik said...

sy suka sokong kat rumah saje.nak sorak mcm mana pun tak pe coz tertutup.

lgpun rimas kalau duk bersesak kat stadium tu.nak pi blh jea asl jaga batasan.

Farihin Hadi said...

kalau dengan muhrim.. hmm setuju jugak. tak ada salahnya kalau nak pergi tengok. asalkan tak melampaui batas seorang perempuan kan..tengok dengan abah mak adik abang kakak satu family pun best jugak. boleh eratkan hubungan keluarga.. terpulang kepada diri individu tu sendiri. kalau rasa diri tak boleh control, baik duduk rumah tengok tv je kan.. saya selalunya tengok kat rumah je, sebab belum ada niat nak tengok kat stadium.. :)

Unknown said...

betul2,
afdal tgk kat umah jer...

noorafzan.blogspot.com said...

saya tak minat bola.
so, tak ada la sampai nak pegi stadium tuk beri sokongan.
tengok di rumah sahaja.

tapi, tak salah kalau kena caranya.
macam yang awak list kan tu. ok dah.

Unknown said...

senang je ni..perempuan tu sendiri adalah fitnah dunia..so, selagi mampu elakkan fitnah tu kan lebih baik..=)

err, bila gol tu ucap Alhamdulillah dah memadai kot..

apa kata penulis? =)

khairul farhan said...

Nak senang tengok kat rumah je. Kalau pergi stadium, bukan apa, bersesak-sesak, tersentuh sana sini, duduk rapat-rapat, semua tu boleh timbulkan syahwat lelaki. Tak kisah la pergi ke sana dengan muhrim pun, yang penting ada beribu lagi mata yang tengok perempuan tu, dari depan, belakang, kiri, kanan. Mana nak lari dari semua tu?

ismi jannati said...

@Jejaka Terhangat

Penulis setuju 110 % dengan Jejaka Terhangat di pasaran ;)

ismi jannati said...

@khairul farhan

Betul tu, penulis pun fikir begitu juga. Tetapi tengok dalam stadium tu bukan sahaja penonton lelaki yg ada..tetapi perempuan pun tak kalah juga yg bertandang. Sebab tu lah saya rasa kalau nak pegi jugak kenalah ada syarat2 dan batasnya spy tade lah timbulkan fitnah. :)

Norgadis said...

Salam, tengok kat rumah je... lagi selamat.

Unknown said...

tgk dpn tv pun best jugak^__^

GOMO KLATE GOMO>>

Anonymous said...

kalau tak tggal solat xpe kot

mama hidayahamin said...

Assalammualaikum Bidadari....
mmmm... no komen....

kay shafiQ said...

stadium tmpat yg berbahaya untuk para muslimah. Ad bnyak buruknya ngan suasana yg mmng x sesuai. I talk from experiance. lebih bek tengok kat tv lgi best. Mencegah itu lebih baek.

nuriz said...

soalan pada tajuk tu boleh ke tak boleh kan.. saya jawab boleh lah..kalau dia boleh jaga segala aurat dan menepati syarat mcm penulis kata tu..kalau dia rasa tak boleh nak ikut syarat tu baik dia duduk di rumah dpn tv hehehe!!

Unknown said...

setuju dengan khairul farhan..
mata org kita xleh nak jaga..

Anonymous said...

persoalan menarik nie...sy pun tak arif sgt...tp selagi kita menjaga aurat,menjaga adab dan garis panduan di dlm Islam tak salah....

Nobita Sensei said...

tengok kat tv sudah.

ismi jannati said...

@nuriz

Ha..betul2..sy pun stuju banget..tp tak arif sgt juga tentang hukum yangggg sebenar2nya..
kalo ada ustaz2 yg arif tu boleh tunjukkan jalan.

MJ said...

MJ teringin nak tambah gak, even x tahu sgt hal macam ni... =[

Kalo stadium tu asingkan laki n ppuan, xdak hal kot.. =)

Nabilla Nasir said...

salam.
saye rase tak salah muslimah tu nak pergi
asalkan berpakaian sopan. insyaAllah.

Nadia said...

nadia xdapt tggl msg kat chat box :D

cik ira said...

salam....
pndpt saya lebih elok tgk dkt tv jer...
mcm xmanis jer
hanya pndpt
tq

Ana syaiza - chan said...

salam...knp dgn shoutbox tuh...jem eh...hehe...

ermm..pdpt sy x slah lau gadis muslimah nk pi stadium,...but kne jga larr tatatertib larr..lau pi sna sbb nk tngk live bleh...jgn kat sna terjerit2 sudahh..hehe

ismi jannati said...

@Mardhiah

Ada ke stadium yang asingkan lelaki dan perempuan skrg ye? Tertanya2 gak kalau ada nak pergi juga tu =)

ismi jannati said...

@cik ira

Betul..tgk kat Tv jalan yg paling selamat dan tak perlu pening2 kepala kan? Lagipun tak ramai kaum hawa minat bola..betul tak?

kerangRebus said...

memang xselamat pon..lebih2 lagi kalau klantan ade main..ups,...bukan nk cari gaduh..tp memang bhya..lagipun situ ramai laki..kang lain plak jadi..isy~~

ismi jannati said...

@kerangRebus

tu saya lagi setuju..takut juga kalau semua dah campak2 kerusi, lempar2 batu, botol..kang kena kat pale or wajah kaum hawa..naya..bukan semua orang kelate baik, tp tak semua brutal =p

anonymoustua said...

erm...setiap org kelemahan..buruk baik xperlu la nak menilai..

Ana syaiza - chan said...

thankz coz follow akk ye...okie...dah follow back...nice larr blog nie...suke sngt2..:))

ermm..npe shoutmix x berfungsi ek??? huhu

ismi jannati said...

@AMER

huhu maksud amer? keburukan org kelantan? kebaikan orang kelantan?

p/s; maaf kurang jelas..huhu

ismi jannati said...

@syaiza - chan

hik2..maaf shoutbox tu dia asyik rosak je dengan bermacam2 hal..utk sementara je tu ;p

thnx sudi singgah taw.. =)

apis judin said...

boleh pergi tetapi dengan muhrim,ayah,abang bukan abang angkat atau adik bradik angkat.nanti kalo gol kita yang terangkat.

dan make sure suara anda sebagai perempuan kena jaga.kerana bukan rambut dan susuk tubuh sahaja menjadi aurat,suara juga merupakan aurat perempuan.sebab tu dulu pernah timbul kenapa sebab Tok Guru Nik Aziz tak bagi qaruah dari kelantan masuk tilawah.ada sebab dan bukan suka2.dia ulamak,dia tahu.

pakaian kena jaga.dan jgn dekati kelompok lelaki

tp agak susah bila dalam keadaan crowded camtu.jadi tempat wanita eloklah di rumah.kalo nak sorak dan rasai kehangatan bola jugak,hah pegilah.pandai2 lah jaga diri.

Go more Kelate go More.
'kawe anok kelate'

adilah said...

Assalamualaikum awak..Tq sbb sudi singgah ok pada Dila. Adalah lebih baik duduk bola dirumah jer sebab kalau pergi stadium kemungkinan berlaku yang tidak diingini, kecuali pihak pengurusan stadium menyediakan tempat khusus untuk kaum kita jer..

Awak pergi ke stadium baru nie ??

Mia Liana said...

mia ke sini... dah follow u... shoutbox xleh guna...

Darul Qalam said...

kalau diikutkan keadaan stadium, lebih baik muslimat berada dirumah, tgk kt tv jer...

nk msuk stadium pn bersesak-sesak...

inikan pula bile duk dalam stadium..

jgn beri peluang kpd setan berwajahkan manusia mngambil kesempatan :)

~wallahu'alam~

Ayu Zan said...

rasanya xperlu ke stadium..
mengundang musibah kot.

No name said...

rasa nya kalu dah fanatik sangat tak kan lar nak smpai ke stadium.. kt rumah dah cukup... tapi bergantung pada pendapat masing - masing, kalu nak rasa selamat better don't,coz di sana orang ramai dan bersesak2, jaga mcm mana pun nnti mesti bersentuh jugak.....

PMOfficial said...

boleh ke stadium...mcm awak kata. Perempuan kalau nak pergi, baik pergi ngan mahram. tapi lebih bgs dengan keluarga.

INGAT!!!
jangan terjerit2 atau terkinja2. Burok perangai.

Tgk di rumah lagi bgs, tapi kalau nak merasai duduk di stadium pergilah.

Cerita Berita said...

Autaman setuju dgn komen Parkcheek Mooda...

tokey kedaii-kopi said...

salam..

seeloknya muslimah tengok kat rumah je..
demi menjaga kemaslahatan..
hatta dalam bab solat sekalipun..
wanita tu lagi afdhal solat di rumah..
dalam bilik lagi..

wallahua'lam...

faqir said...

setiap inci tubuh wanita adalah sumber fitnah.. anak panah syaitan laknatullah...

Dah bila bersesak2 tempat orang ramai..bercampur gaul lelaki pompuan.... duduk di celah2 antara lelaki-lelaki... eee tak boleh...

HARAMMMMMM..... dosa atas dosa..dosa atas dosa...

Dah giang sgt nak sokong... tengok kat umah saje laa...

ade tak yg p stadium tu.. wanita bertdung labuh...pakai purdah... ade tak saudar/i nampak.... setakat faqir tgk dalm tv....tu..tak ada....

ISMAIL MD SALLEH said...

Singgah CNI luarbiasa !!!

ISMAIL MD SALLEH said...

Nanti kita bentangkan kat parlimen mintak kerajaan sediakan tempat untuk penonton lelaki dan perempuan berasingan yea.

haway mutasawwil said...

btul2.kesian kt diorg bersesak-sesak.bg kat ambo sudoh g.weee

Elakkan kontroversi ~.~ said...

Islam itu tidak menyekat fitrah tetapi mengaturnya untuk dicorak indah :)

Anonymous said...

Bukankah haram perempuan tengok aurat lelaki bukan mahran?.fikir-fikirkan.

Next previous home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Semua milik Allah 2010 hingga kiamat