Dari jauh,ramai
mata saling memandang kearah seorang muslimah.tampak biasa tapi sebenarnya luar
biasa, .maka kedengaran bunyi bisik membisik sesama mereka.
Muslimah bertudung
labuh itu berjalan perlahan meninggalkan mereka, sambil beristighfar.
“Ya Allah,,balut
hatiku dalam mempertahankan syariatMu. Cukup kepadaMu aku serahkan segala
urusan. Amin YA Rabb.”
Usai menghabiskan
bacaan ayat terakhir surah AR-rahman ,muslimah tersebut tersenyum. rase cukup
tenang. Terimbau memori kembali perkenalannya dengan “Tudung Labuh”.
Subhanallah. Rindunya pada pertemuan tu. Sesiapa yang mengenalinya,, insya
Allah terasa sesuatu kelainan. Istimewa. Hanya orang yang memakai dapat
merasakan keajaiban “Tudung Labuh”.
ceritanya bermula
disini..dari hati membentuk peribadi disuburi dengan iman.ehem2..
“Ummi,,nape
letakkan Hurul Ain kat sekolah maahad? tak nakla..kan banyak lagi sekolah
terbaik dan lebih hebat. Tapi sekolah nie,urm…bicara Hurul Ain sambil menjeling
persekitaran sekolah maahad. Dalam hatinya membisik, ”Daifnya,!”
Maka bermulah
perjalanan seorang mujahidah mencari erti disebalik perjuangan.^^
Disekolah maahad,,
diwajibkan memakai kain tudung labuh putih. Mestilah mematuhi etika labuh.
Jangan ada yang singkat kat bahagian depan dan belakang, kalau tak,mulalah
pengawas berpakaian seragam warna hijau mula mengadakan spot-check. Agak tegas
juga.!
Semasa proses
mengenali lebih lanjut kain tudung labuh nie,, banyaklah yang dilalui. Manis?
Rasenye banyak yang pahit. tapi takpe. Kan syurga itu manis. Sabar ye wahai
diri. :)
Tingkatan 1, tak
dinafikan..erghh.. rase tertekan je pakai kain tudung labuh nie kan. Sampai
satu saat, adalah satu peristiwa yang betul-betul mematahkan semangat. Time tu,
berjalan pulang dari sekolah. Tibe2 bertembung dengan guru2 disekolah
rendahnya. Hurul Ain menegur,
“assalamualaikum
cikgu,. Cikgunya nampak terkejut. YA Allah,, kamu upernye, Hurul. Cikgu ingtkan
makcik mane tadi. Cz nampak macam makcik jual kat pasar je. “mak cik jual kat
pasar??”,sabar jela.hmm.Hurul Ain menenangkan hatinya.
Memasuki tingkatan
2
, dah mule rasa
biase dengan bertudung labuh.Tapi ujian tak pernah terhenti. Tipulah rase tak
tergoyah bile tengok shabat2 mule memakai kain tudung bawal berwarna-warni..
Adesh..cantik gitu!
Lagi2,, dengan
penambahan manik2 kat tepi tudung. Cemburu lak. Cz kite pakai tudung labuh mane
ade manik2. Biasela. Tengok kawan-kawan kadang2 mempengaruhi selera dan
pengaruh pada diri. Kan?
Waktu bergerak
dengan pantas, Hurul Ain dah tingkatan tiga. Masih lagi tegar dengan pemakaian
tudung labuh. Alhamdulillah.
Jika angin mampu
menyamankan insan,
Jika matahari yang
terik bisa memancar cahayanya,
JIka bintang mampu
membuat orang terpesona,
Jika hujan mampu
membuat orang bersyukur.
ini pula dengan
tudung labuh. Mampu membuat anda selamat! Tak caye? Try la.. Insya Allah.=)
=======================================================
Tingkatan 4.
“Oitt,,Hurul.. kau
tak tengok ke sekarang iklan2 kat supermarket n model2 terkini? Anna menegur
Hurul Ain..
“nape ye?, Hurul
Ain bingung.
“Engkau nie tak
update betulla. Sekarang nie, mane ade lagi orang pakai macam kau nie, labuh
semacam je.
Nak nampak zuhud le terr. Orang tengah sibuk2 pakai kain tudung
ariana,ariano(faham2 jerla) tapi kau nie still kuno..malu aku.!”
“..Top tau tak
jenis tudung camtu skang..!, Anna cuba meyakinkan Hurul Ain.
Bukannya
Hurul Ain tak tahu tentang jenis tudung glamour tu, memang cantik, dengan warna
warni. Design yang cukup menarik, senang lak dipakai. Just sarung je kat
kepala. Tapi,,maaf. Takde yang labuh,bahkan kain melekat kat tubuh,,Urmm.
Umur semakin meningkat.
Pejam celik pejam celik.. Haish..Dah nak SPM. Umur 17? Aduhai.. Bagaimana
agaknya tahap keimanan kite pada hari nie.? Hijrah kite semakin kearah kebaikan
atau sebaliknya? Wallahualam.
“Allahurabbi..
nape Ummi masukkan Hurul dalam program kecemerlangan SPM Bank Rakyat? Malulah
ummi. Dahla Hurul sorang je yang tetibe masuk dalam senarai bersama sekolah
menengah biasa. Kan Hurul nie sekolah hmm.. Yela..Ummi kena faham. Kite sekolah
len sngat dengan sekolah lain.”, Terang Hurul Ain sambil menjeling kearah
Umminya. Sedikit geram.
“Laa,ape yang len
nye? Ikutlah kite sekolah ape pun., yang penting kite g sne nak ikut program
SPM kan? Ape yang malunye? Disebabkan tudung labuh tu ke? Malu nak tunjuk kat
orang yang kite sekolah agama? Malu nak tunjuk kain tudung labuh niela yang
betul2 menepati syariat agama? Bertubi2 pertanyaan Ummi.
Hurul Ain
tersentak.
Malam tu, Hurul
Ain cuba muhasabah. Berdrama dengan iman sendiri. Nape ye tak pernah terfikir
selama nie.. Ye,,Hurul Ain! Selama nie,,kamu pakai sebab kamu sekolah ke? Nak
tunjuk kamu ikut peraturan sekolah je? Disebabkan itu? AStaghfirullah. Hurul
Ain menangis tersedu2. Kamu kne berubah Hurul,, Kamu pakai sebab kamu ingin
ikut syariat Allah.! Biarlah orang nak kate kamu nie Nampak tualah, ,nampak
makcik ke,, susah nak pikat orang lakila.. Tapi kamu yakin,, KAmu pakai kerana
Allah.kan Bertuah tu.. Sentiasa mendapat keredhaan Allah. Allahurabbi. Insya
Allah,, Hurul takkan malu nak tunjuk pemakaian tudung labuh.^^
Keesokkan harinya,
Hurul Ain macam biasa. Lebih senang mengenakan jubah dan tudung labuh,, Bagi
die Nampak anggun dimata dia. Lagilah Nampak comey kalau sEmuanya menutup
aurat. Kan? hee
Program SPM
anjuran Bank Rakyat tu berlangsung kat MAIK. Ramainya kawan2 sebaya dengannya
berpusu2 menuju memasuki dewan. Hurul Ain perasan. Hanya die yang “istimewa”..
Nape? Die seorang je skolah agama. Malu tak terkira.. Sabar Hurul
.sabar..Jangan malu..bangga tahu jadi orang yang mempelajari agama ni tau,,,.
Hurul cuba memujuk hati, dalam berdakwah jangan pernah gentar dan bimbang.
Hurul Ain
melangkah ke dewan.
Alahai,,nak duduk
tepi sape nie yer, Mata Hurul mengerling mencari tempat kosong. Semuanya dah
penuh. Yang ada kerusi kat belakang sekali. Tapi,,,??
Hurul Ain dah mula
ragu2. Dari jauh die mengerling kearah kumpulan belakang. Nampak gayanya jenis
kumpulan yang sedikit kasar kalau dilihat dari cara perlakuan. Ya
Allah,,berikan aku kekuatan menghadapi mereka. Amin. bisik Hurul Ain dalam hati.
“Assalamualaikum,
boleh saye duduk dalam kumpulan awk.,? Lembut tutur Hurul Ain menyusun bicara.
Bimbang tersilap membawa padah. Mereka memandang. Dari atas hingga ke bawah.
“Duduk jerla, tak
perlu mintak izin, ustazah! Keras suara salah seorang dari kumpulan mereka.
Hurul Ain sedikit
kaget.,, Dengan wajah yang masih disenyumkan, Hurul Ain sabar melayan kerenah
mereka yang agak “luar biasa” nie,, “terima kasih, “ucap syakirah sebelum duduk.
Memang terasa
kekok apabila berbicara dengan mereka. Lagi2, mereka sedikit kasar dari segi
percakapan dan perlakuan. Terasa macam lelaki lak. Tapi, Hurul Ain tak berputus
asa. Kalau aku berfikiran mereka harus dijauhi kerana perbuatan negative, siapa
yang ingin bimbing mereka kearah kebaikan? caiyok Hurul,,awk boley…! Hurul Ain
tersenyum sendiri. Harus ada usaha dakwah. Aku nak masuk syurga sma2 shabat. Bukan
sorang diri.
Mase pulang dari
kursus hari pertama, Hurul Ain diuji lagi. Peserta2 diberikan baju t-shirt
berlengan pendek. Diwajibkan memakai baju nie sebagai tandA penghormatan.
Adesh…Hurul Ain dah mula garu kepala.
“Ummi, Hurul
ingat Hurul tak nak g la esok kursus tu. Baju t-shirt! Macam mane nak pakai.
Rase nak nanges je.,”keluh Hurul.
Ummi tersenyum
memandang anak perempuannya. Haish..macam2.. Hee. “La,ape yang susah sangat.
Hurul pakai kain hitam, berbaju muslimah. pastu pakai t=shirt , bertudung
labuh. Kan still tertutup.”, Ummi memberi cadangan.
Mata Hurul Ain
sedikit terbeliak. “Ummi,,malulah .Takkan nak pakai berlapis2. Aduhai,rase
sedikit letih memikirkan nie. Tapi difikirkan kembali, Betul juga cadangan Ummi
tu. Yang penting nak tonjolkan image pelajar agama n berpakaian yang betul2
menepati syariat, Harus pergi.. Sabar ye Hurul Ain sayang, memujuk hatinya
kembali.=)
Dipendekkan
cerita, seperti yang diduga memang Hurul Ain menjadi tumpuan setiap mata yang
memandang. Yang paling menarik untuk dikongsi, apabila ramai kawan mula
menegurmenanyakan asal sekolah mane.(tentulah sekolah maahad) dan yang paling
mengharukan buat Hurul Ain, apabila ibubapa yang mengambil anak2 pulang dari
kursus tersebut menjdikan Hurul Ain sebagai model tentang islam dan mengenai
soal pakaian. Alhamdulillah., dia Berjaya menyampaikan dakwah.
Walaupun bukan
dakwah melalui kata2, tapi dakwah melalui tingkah laku dan berpakaian. Syukur
ya Allah.<3
P/s: Kini, Hurul
Ain masih lagi berdiri. Tegar menghadapi mehnah dunia. Bukan mudah tuk
melangkah dalam fatamorgana dunia. Tapi dia yakin. Dengan aturan syariatNya,
dia bisa menjalani dengan penuh kesabaran.TUDUNG LABUH? Hanya orang istimewa
dapat merasai “keindahan di sebalik kalimat tu”.. Wallahualam..