Sahabat Amat Sejati :) Saya wajib follow sesiapa yg follow saya =)

di mana Dia di hatiku?

Thursday, January 27, 2011

22 Muslimah,dimane nilai maruahmu??al haya’ minal iman..




Masya Allah.Hanya itu yang bisa penulis jelaskan tika melihat pelbagai muslimah zaman sekarang.Penulis hanya mampu menggeleng kepala.Menunduk malu.Melihat ragam remaja perempuan.Maaf!Kalau entry ana kali ini mengundang 1001 kemarahan para an nisa’ luar sane.Ana sekadar berkonsi kedukaan bersama kalian.Kerana diri ini juge termasuk dalam golongan yang akan dibicarakan.Astaghfirullah.Malunye diri ini.Kerna diriku khilaf seperti saudari.Post ana kali nie agak menarik sedikIt tentang golongan MUSLIMAT.

Wahai muslimah,seangkatan denganku..Ketahuilah kamu bahawa kita,golongan yang dinamakan HAWA ini mempunyai 1001 keistimewaan.Apakah kamu bangga menjadi peruntun iman lelaki??Muslimah zaman sekarang bangga menjadi pedamping lelaki ajnabi.Sedarkah kamu ya akhwat?Dimane letaknye rase malu kita sebagai wanita?Disini penulis senaraikan kesalahan-kesalahan yang kite lakukan dalam keadaan sedar ataupun tidak sedar.

1) Lupa mengingat Allah
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:

” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.” 

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman. 

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Telitilah wahai saudaraku, adakah kite termasuk dalam ciri2 ini? Minta muhasabah dan renungkanlah. Penulis tidak punya banyak mase tuk menerangkan satu persatu ciri2. Apepun remaja sekarang umat akhir zaman terlalu mengagungkan cinta insani. Betul x?? Apa hebatnya tentang cinta? Sehingga sanggup mengadaikan nyawa,harta dan lebih teruk lagi jiwa dan raga? Fikirkanlah kembali wahai kaum hawa.. Zaman sekarang perempuan terkejar2 seorang lelaki. Menghulurkan salam perkenalan, mengorat semuanya di tangan perempuan sekarang. Insaflah.

p/s: penulis juga termasuk dalam ciri2 yang disebutkan.Masya Allah. Akan penulis ubah diri ini..




Friday, January 7, 2011

19 “Ya Allah,aku pinta hatiku ini ditukar dengan hati baru”...





Kadang-kadang ana penat melayari bahtera kehidupan ini,
Segala mehnah ujian cinta ana sedaya upaya menepis dengan kesabaran,
Hati mengeluh letih tanda imanku sedang bergelut dengan kecamuk cinta nafsu,
Cuba keluar dari neraka zulumat mendaki gunung ketaqwaan,
Demi mendapakan secebis cinta kudus Illahi,
Ana bilang cinta kepada DIA,Tapi??
Ana lalai dalam menunaikan suruhanNya.
Munafikkah ana??
Betapa malunya bibir ini menuturkan ayat-ayat cinta kepadaNya,
Sedangkan hati ini diselaputi kekaratan maksiat hakiki.
Ya Allah...Kurniakan kepadaku ‘Qalbu Jadid’..
Yang selalui MerinduiMu..
Yang Berdetakkan Asma’Mu..
Yang bernafaskan KasihMu...
p/s:Sekadar luahan kalbu dari hamba yang hina.

Saturday, January 1, 2011

14 TAHUN BARU?Diriku,dirimu dan hatiku...





Alhamdulillah..Diri ini masih lagi diberi peluang untuk beramal didunia yang fana ini.Dunia yang bagaikan penjara bagi orang mukmin dan syurga orang yang kufur akan nikmatNya..Perlu diingati,dunia hanyalah tempat persinggahan,bukan tempat penginapan.Ingatan buat diriku yang semakin hari semakin leka dengan gelodak jiwa dan mainan perasaan nafsu.Masya Allah.

Ini mungkin entry terakhir saye bagi tahun 2011 kerana terpakse memberi peluang perjalanan bagi meraih kejayaan dalam SPM 2011.Orang kate kite kene sungguh2 dalam dakwah dan pelajaran.Ia terserah kepada mereka.Bagiku,saye tidak mampu untuk melakukan kedua2 nye serentak.Mungkin dakwahku bukan di blog ini buat sementara.Apepun akanku sematkan tinta dakwah di jalan yang lain.Insya Allah.Hari isnin dah mulakan sesi persekolahan.Maka bermulalah perjalananku sebagai pelajar form5.Ustazah pernah berpesan kepada kami,f0rm5 ini sedikit mencabar kekentalan iman..pelajar2 f5 nie jugelah yang akan dihurungi oleh semut2.Kami hanya diam.Tanda memahami maksudnye.

Kepada hatiku,jangan pernah lagi memainkan lagu kecamuk cinta.Aduhai.kadang2 tewas dalam melayaninya.Kepada sahabat2 f5 taun baru ni,saye berharap kite semak balik amal kite f4.apa lagi yang perlu dinilai.adakah neracamu berat timbangan pahala?atau dosa?fikir2kanlah.Yang pernah kecewa dalam imtihan yang lalu,ku amanatkan carilah seribu kekuatan untuk menghadapi imtihan SPM.Ku turut kecewa dengan keputusan SMU yang baru diumumkan baru2 ini.Alangkah sedihnya hatiku.Ya.Aku redha.8 mumtaz sahaje yang bisa kuraih.Walaupun begitu,syukur kerana masih lagi bisa menempatkan diri dalam kalangan pelajar cemerlang.Okla.teruskan perjuangan ye wahai insan yang dirahmati Allah sekalian.Ingat.Cinta itu fitrah atau fitnah?Renung2kanlah wahai iman sekalian.SPM 2011 menantiku.Akanku menongkah dengan maju.Insya Allah.9A’S menjadi matlamatku.Jumpa lagi lain waktu.

Ya Rabb,sentuhlah hatiku disaat ku hilang semangat,peluklah hatiku ini dikala ku lemah menghadapi ujianMu.Ya Allah,jangan biarkan hidupku gundah gulana,jangan biarkan aku terluka dek angin bayu,tersungkur dek lantai bergoyang.Sesungguhnya aku yakin,hanya padaMU,aku bergantung harap.peliharalah imanku selalu,kekalkan mardhatillahMu dan berikan kekuatan padaku tika dugaan mengelilingiku.Amin Ya Rabbal A’lamin.


Next previous home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Semua milik Allah 2010 hingga kiamat