Sahabat Amat Sejati :) Saya wajib follow sesiapa yg follow saya =)

di mana Dia di hatiku?

Tuesday, October 26, 2010

83 Contest: "Saya Mahu Jadi Wanita Solehah"



(klik utk tumbesaran gambar)

Assalamualaikum wbt..

Penulis dalam ruang masa yang sangat terhad ( masih dalam mode imtihan 24.10 - 2.11  ) cuba untuk menaip juga entri ringkas supaya blog ini tidaklah bersawang terlalu lama.

Alhamdulillah kerana dapat siapkan karya yang amat ringkas spt. yang kamu dpt tgk di atas dan dengan karya ini juga penulis merasmikan; 

"CONTEST SAYA MAHU JADI MAR`AH SOLEHAH" 
di blog ini.

Semua orang sudah tahu wanita solehah sangat-sangatlah mahal harganya di sisi Islam. Banyak kalam Allah, kalam Rasul dan kalam para Solihin menyebut dan menceritakan tentang wanita solehah. Malah tiada siapa pun dari orang Islam berani menafikan kemuliaan wanita solehah. 

Penulis menyeru semua rakan bloggers dan kawan-kawan muslimat seMalaysia, janganlah kita hanya menjadi MAR`AH JAMILAH (wanita cantik ) sahaja tapi tambahlah dengan nilai SOLEHAH, barulah sempurna hidup sebagai seorang wanita itu. Oh ya, contest ini adalah untuk selama-lamanya sampai hari kiamat :) Hadiah contest? Penulis tidak mampu bagi, hanya Allah yang tahu nilai sebenar wanita solehah =)

Siapa nak jadi wanita solehah sila angkat tangan! =p

Oh kepada kaum Muslimin ( juga amaran buat Muslimat ) yang nak cari bakal isteri pula, sila ikut nasihat Imam Ghazali ni:
"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah,dan yang hananah,dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah"

- wanita Ananah banyak mengeluh dan mengadu, dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
- wanita Mananah suka membangkit-bangkit terhadap suami. wanita ini menyatakan 'aku membuat itu keranamu'.
- wanita Hananah menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
- wanita Hadaqah melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
- wanita Baraqah ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
- wanita Syadaqah banyak cakap, tidak menentu lagi bising.

Sumber: Syukran Kak Ibtisam Syarha

 sila copy code di sebelah tepi blog ni ye =)

Wassalam.

p/s: eh, jangan hanya solehah di blog ini je tau =p
p/s II: oh ye..takkan harga wanita solehah hanya takat Rm10 ribu kot..pastilah sangat2 mahal kan? kan kan? =)

83 comments:

Kalamhati said...

MasyaAllah..'azdhim!

ismi jannati said...

@Kalamhati

Syukran ilallahil Adzim =)
terima kasih komited komen..lepas exam ni sure akak dapat award insyaAllah huhu

TUKANG KATA said...

i.Allah saya akan sertai

Selamat menempuhi peperiksaan.

:)

maCy said...

penerangan yg ringkas. macy pernah baca tapi penerangan terlalu kompleks. izin copy ya :)

ieQa sWetLuv said...

saya mahu jadi wanita solehah.. =)

delarocha said...

mencari wanita solehah:-)

Kalam Addin said...

ada x contest utk m'jd jejaka soleh?? he3

ismi jannati said...

@maCy

silakan copy dan sebarkan =)

ismi jannati said...

@ieQa sWetLuv

Ameen Ya Rabbal Alameen

ismi jannati said...

@delarocha

Mungkin ada dalam bloglist kamu atau kat blog ini =p

ismi jannati said...

@Kalam Addin

Utk jejaka soleh? Huhu coming soon!

hafizah_ismail said...

insyaallah..sy juga mahu jadi wanita solehah..amin..:)

Bungakopi said...

sy copy smua wallpaper islamik. boleh er?

Ramdan said...

alhamdulillah...semoga di makbulkn.

miss chekleen said...

Alhamdulillah..cemane contestnya?

a i n u said...

menarik :)
syukran

ismi jannati said...

@miss chekleen

Contestnya ehem2..elakkan dari menjadi 6 ciri2 yg Imam Ghazali syorkan tu..insyaAllah..solehahlah kamu =)

ismi jannati said...

@Bungakopi

Silakan..moga dpt byk pahala dr penyebaran harta benda kt sini =p

Miza Yusof said...

miza datang singgah sini untuk pertama kali. thanks invite miza join contest. insyaAllah nanti miza join.

erm, kenapa miza tak boleh komen dekat chatbox? ip kena banned. sobsob ;(

ismi jannati said...

@Miza Yusof

ip kena banned ? rasanya tak ban sape2..takpe..terima kasih sudi singgah dan komen :) insyaAllah kak miza dpt jd wanita solehah..pakat2 doa..ameennn

It's Me said...

hari2 masuk contest....

AyieBlog said...

Assalamualaikum,thank q q contest ini akan saya buat dihalaman :),lagi sekali thank q info diakhir entry sangat berguna buat muslim sekalian :)..

cokiedacomot said...

masyaAllah .
thanks kerana pesanan yang sungguh dalam rasa kesannya di hati ini .
semoga Allah merahmatimu saudaraku :)

Kuman Chaos said...

kenapa tak bleh nak shoutbox ek?
akan open new window...
Kuman "18SX..?" Entry

mommy icha said...

info yg bagus. alhamdulillah.

Ibnu Jamaluddin said...

Moga jadi muslimah solehah ya ukhti, Amin...

Khairulbariah Ramli said...

salam.. bagus.. lain drpd yg lain.. saya dah follow awak.. follow saya balik ye.. salam ukhuwah.. :)

paskal_garuda said...

garuda datang nak komen jugak...huhuhuh

Bazilah said...

menarik

Mama Zharfan said...

salam ziarah dari nottingham UK

shatooman said...

saya nak cari isteri yang solehah... ;p

Mekar said...

Mekar pun masuk singgah di pagi yang indah. Keinginanku lebih kuat utk jadi muslimah sejati selepas mendirikan rumahtangga(agak lewat tuh.

mama hidayahamin said...

Assalammualaikum ismi jannati...
saya tidak pernah join mana-mana contest... tapi ini kali saya mahu join.... boleh?

Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam golongan wanita solehah seperti Siti Khadijah RA.... Amin...

ejdeejasmi said...

insyallah syukran ya ukhti...

Prince Halilintar said...

semoga para perempuan di malaysia ini semakin ramai yang ingin menjadi wanita solehah..amin

sha said...

amin

ummi iman said...

urmm..berusaha untuk jadi yang lebih baik...

izyanty collection said...

sy nak jadi wanita solehah gak...follow u

MiMi PeONy ~UHS~ said...

sy nak jadi wanita solehah..semoga ramai lagi wanita nak berubah menjadi yg lebih baik...amin...

Encik MamaT said...

insyaAllah.. nanti saya tolong promote kat blog sya jugak ye... boleh kan kan kan...

ainbudakbaek said...

contest paling best pernah saye tengok wujud di dunie blogger.

teringat kisah cane saye boleh mule pakai tudung dan tutup aurat. walaupun blom cukup sempurna tapi saye bersyukur sangat sbb atleast saye dah byk berubah dari dulu.

kalo berminat nak tahu, jenguk2la blog saye.

bawah entry tajuk past and present. hihi.

thanks eh for droppin' by my blog.

bestla entry ni... sangat. ^_^"

kakyong said...

salam kenalan,

ini baru pengumuman utk adakan contest kan,,, x nampak syarat2 @ cara2 nak join.. :)

anyway, tahniah...belum ade lagi contest seumpama ini.. semoga ia bukan sekadar mendapat sambutan.. malahan melekat di hati... Insya Allah..

http://www.kakyong.com/

Delimasari said...

mmg teringin jd wanita solehah...
I polo U....

Bintu Arifin said...

Salam wbt

SUBHANALLAH!!

Menjadi wanita solehah impian semua. Doakan diri ini juga ya adindaku.Hajat sangat nak solehah terutama disisi ALLAH.Moga ALLAH mudahkan.

Syukran wahai bidadari jannati(^_^)

tice LIN said...

wanita solehah wanita idaman lelaki yang soleh...follow

نورالجنة said...

insyaALLAH..:)

~Jiayeen~ said...

Boo XD

Magdalene Heuk Salvatore said...

apa tu wanita solehah??

Ainismaira said...

Contest yg terbaik.. :) InsyaAllah..selamanya ingin selalu diredhai Allah..

aYu said...

Harap2 suatu hari nnti akan tgolong dlm kelompok wanita solehah...ahli syurga~

+akufobia+ said...

hadiah nya wanita solehah.hee.

ibuintan said...

wanita solehah - selayaknya syurga untuk mereka

Luna Chempaka said...

thnks ye bg luna baca entri ni :)

ismi jannati said...

@ainbudakbaek

terima kasih ukhti :)
komen kamu jua antara yg terbaek di sini =)

ismi jannati said...

@kakyong

kakyong cyg, syarat2 contest telah pun tertera di atas iaitu 6 syrt yg patut dielakkan oleh seorang wanita ;) betul tak? huhuuh

ismi jannati said...

@Magdalene Heuk Salvatore

Wanita Solehah itu adalah sebaik2 wanita di dunia dengan agamanya yg terjaga, akhlak dan adabnya, tingkah laku serta pertuturannya..yang hidup di dunia ini bukan hanya untuk gembira dan bahgia di dunia semata-mata tetapi lebih besar lagi iaitu untuk mendapat REDHA dari Allah di akhirat. Semuanya indah di dalam agama Islam. Islam is the way of life ;)

Wanita solehah itu, bila disebut nama Allah padanya..pasti bergetar hatinya takut kepada Allah..takut kerana Adzimnya ( besar dan agungnya ) Allah, takut akan seksaNya di dunia dan akhirat.

ismi jannati said...

@Bintu Arifin

Ukhti Ibtisam Syarha,

entri ini berterima kasih kepada kamu ;) moga berkah ilmu2 yg disebarkan oleh ukht akan menjadikan ukht lebih solehah di masa depan ..ameen.. :)

Poyaty said...

pastilah nilai wanita soleh di mata Allah. tak ternilai dgn 10k itu :D

Hakim Az said...

wanita solehah menjadi impian bagi setiap lelaki soleh. Semoga dipertemukan jodoh yang diimpikan. Aminn...

Siti said...

bestlah blog awak ni. teruskan tau. suka! :) saya harap saya dapat jadi mar'atul solehah satu hari nanti. amin. ^__^

caliph shuriken said...

kembara mencari wanita solehah ^^

ummuabdullahsyaakir said...

Salam perkenalan dari Egypt..

2nd time contest macamni lepas qirmumtaz Giveaway yang akak join...rasa terkesan dalam hati..terima ksih dik dengan dakwahmu yang lembut tapi menusuk hati.

Moga Allah kurniakn dirimu Suami yang soleh..

Akk promotekan contest ni diblog yea...moga akak menang contest ni disisi Allah.

Mardhiah said...

Alhamdulillah, Syukran ukhti..

Peringatan untuk saya yang sentiasa lalai + leka + lupa. =] Barakallahu fik...

ismi jannati said...

@Siti ,

@ummuabdullahsyaakir,

@Mardhiah,

Saya doakan kamu semua jadi wanita solehah dan menang contest ini. Sila dapatkan hadiah kamu di syurga kelak ;) ameen!

نورالجنة said...

syukran follow kakak..:) teruskan usaha kamoo..:) insyaALLAH..

:: ANIS RAHIM :: said...

Assalammualaikum..mule2 skali sy nk minta maaf seandainya ada pihak y terasa..mule2 tgk post ni terpikir jugak saya.."ade jugak org nk buat contes "SAYA MAHU JADI MAR`AH SOLEHAH"..bukankah niat tu dtg dri hati kite sendiri yang org lain tak perlu tahu..bile org lain dh tahu mcm tak berapa iklas pulak..wanita solehah itu xperlu myertai apa2 ptandingan utk mbuktikan mereka adalah solehah kerana drp pwatan mereka sendiri kita mesti dh dpt lihat tahap solehah seorg wanita itu..betul!..sape la kita nk ckp seseorg itu iklas atau tidak..hanya Tuhan yang tahu kan..sy post komen ni bukan nk menghalang atau mencaci jauh skali nk merendahkan usaha saudari mencari wanita solehah..seperti yang saudari katekan " oh ye..takkan harga wanita solehah hanya takat Rm10 ribu kot..pastilah sangat2 mahal kan? kan kan?"..aah..betul!.memang tak ternilai seorg y solehah itu..ini pertama kali sy beremosi apabila mberi comen..maaf :)
assalammualaikum

ismi jannati said...

@:: ANIS RAHIM ::

Ukht Anis yg dirahmati Allah ;)

Sesungguhnya amat benar sekali kata2 kak anis tu. Pertama sekali contest ni bukannya contest yg menawarkan sebarang hadiah dlm erti kata lain, tak macam contest pun. Hanyalah "contest" pada nama sahaja, dengan erti yang tersirat terpulang pada pemahaman masing2.

Sbnrnya antara sesama wanita seluruh dunia di mana sahaja ada persaingan dan masing2 perlu ingat persaingan yang paling utama adalah menjadi wanita yg paling solehah, menjadi wanita yg berjaya merebut tempat di sisi Rabb di dunia dan akhirat, seterusnya mendapat maqam redha maqam yg paling tinggi dari tangga2 kesufian dan keimanan.

Juga, peranan sy sbnrnya mewujudkan entri ini adalah utk mengingatkan sesama muslimat setiap kali terlihat atau terbaca tentang 'contest' ini, spy dlm setiap diri wanita tu dia sentiasa aware.."Oh aku ada azam nak jadi wanita solehah..Aku pernah cuba nak jadi solehah..aku akan cuba lagi utk menjadi solehah.."
Jadi tidak benar jika dikatakan entri ini menyebabkan hilangnya nilai keikhlasan sbb ini semua tidak diwujudkan utk bermegah2..juga tiada paksaan pada mana2 individu..terpulang pada mereka utk support atau tidak. Saya pun tiada mewajibkan entri ini utk dicopypaste atau kena letak mini banner di blog masing2..semuanya pilihan individu =)

Dan, sy tidak mencari wanita solehah utk dicungkil bakatnya di sini ;)

Yg sy nak, timbul rasa nak jd solehah selepas baca entri ini. Itu yg saya impi dari setiap muslimat. Sebab ramai antara muslimat di laman blogs kadang2 alpa..tak ingat apa yang mereka patut jadi sebenarnya. Sibuk dgn soal hati, soal pasangan, soal duit iklan, soal rating blog..byk lagi..yg kalo sy sebutkan satu persatu pasti mengguris hati2 rakan bloggers. Jadi sy tidak mahu menuding jari pada mana2 pihak dan blame kesalahan2 mereka, cuma nak mereka luangkan seminit dua muhasabah diri dan fikir macam mana caranya nak jadi wanita solehah..menjadi wanita baik dan menjadi wanita solehah adalah 2 perkara yang berbeza. Ramai wanita merasa diri mereka dah baik, tapi sbnrnya tidak solehah sbgmn agama sarankan..

;)

Saya sendiri pun masih mencari2 kesolehahan tersebut. Biar entri ni jd pengingat kpd sy skrg2nya..insyaAllah ;)

Terima kasih atas pandangan kak anis, barulah syok ada pro dan kontra, ada pandangan dan teguran :) Alhamdulillah..

delarocha said...

monologue...short monologue

eyka syafieka said...

suke sgt contest nie..insya allah kalu ada mase nk join jugak

:: ANIS RAHIM :: said...

Assalammualaikum..Alhamdulillah..bijak care adik bls comen akak..sebenarnya akak saje comen mcm tu..kalau tak buat mcm ni..mungkin sahabat2 lain xkn dpt bace penerangan atau motif sebenar adik buat camni..mungkin ade diantara mereka hanya nk kejar "fulusnya" sahaja..bukan bburuk sangka..cume bfikiran antara dua..moga dirahmati Allah ye dik..moga contest ni berjaya membuka mata sahabat2 utk sertainya dengan hati y iklas..bak kate adik "utk mengingatkan sesama muslimat setiap kali terlihat atau terbaca tentang 'contest' ini, spy dlm setiap diri wanita tu dia sentiasa aware.."Oh aku ada azam nak jadi wanita solehah..Aku pernah cuba nak jadi solehah..aku akan cuba lagi utk menjadi solehah.."..insyaAllah..maafkn akak seandainya ada silap dan salah..Apa yang baik itu datangnya dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, dan yang buruk itu adalah kelemahan diri akak sendiri..assalammualaikum

rosszie7 said...

k ros singgah ya..hu2..laptop rosak..nih br je boleh BW..sb dah repair dah hu2..

Faarihin said...

topik best.. contest yang memang menarik.. tapi mampu ke saya.. errr.. ehehehe..

selamat berjuang di medan peperiksaan.. (^__^)

Mat Ganu said...

nice blog...

Ummu umar said...

SubhanaLlah..byk pahala ukht sbb anjurkan contest sebegini...please make dua' 4 me ! ^_^

~sipenggalikubur~ said...

sebaik-baik wanita ialah yg rendah maharnya..

smoga menjadi wanita solehah..

!i! KSAK !i! said...

nice work
keep it up
wanna link exchange?

wardahputeh said...

Hmm menarik=) Boleh tolong cari calon isteri solehah ye dik...

faqir said...

ada contest la pulak...hehe.. macam2 lah dunia akhir zaman ni... dunia dah nyayuk.. macam2 fitnah keluar...

wanita solehah tersimpan dan tersembunyi...susah nak cari....

senang cari tu bukan kot....tetapi boleh jadi solehah...apabila di bawa ke jalan Allah dan Rasul...

wanita solehah = wanita acuan al-quran dan Sunnah

ytekecik said...

Salam
saya dah join contest & dah tgk blog awak..
blog awak memang bagus.. teruskan dakwah awak ye..

http://ytelife.blogspot.com/2010/11/giveaway-contest-says-mahu-jadi-marah.html

hurul' ain muslimah said...

salam alaik...
mabruk ats peghslan blog yg ckp baik....
senang mata hati dan mata pena ain baca...
tahniah....
semua cerita menarik..
suke...^_^
moge semua wanita dpt menjd muslimah..
bukan sekadar diata nama muslimah...^_^
doa buat semua..jdlah yg terbaik diantara yg terbaik.....
erm..nk tnye...
ukhty buat sendiri ye wallpaper dlm blog ukhty..
nice sgt..pandai ukhty create...
e2 pon...teruskn berdkwah dlm mencari keradhaan ILLAHI...

putrifarez said...

i like this entry....best...bukan senang nak jadi wanita solehah lagi-lagi pada zaman sekarang...so, bersama-sama la kita menjadi wanita solehah...
boleh tak terangkan sedikit apa yang dimaksudkan dengan wanita solehah secara menyeluruh...
saya tak berapa faham, sebab ada orang mengatakan dengan solat dan menutup aurat telah menjadi wanita solehah...tapi bagi saya, mesti maksud disebalik wanita solehah tu lebih besar kalau tidak, tak akan sampai award yang diberikan mengunung tinggi dan darjatnya dipandang tinggi disisi Allah...

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

ya Allah.. :)

ahmad said...

wanita yg solehah sedap dipandang dihati dan dimata

Next previous home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Semua milik Allah 2010 hingga kiamat