Sahabat Amat Sejati :) Saya wajib follow sesiapa yg follow saya =)

di mana Dia di hatiku?

Saturday, October 30, 2010

51 Muslimah Solehah Tak Boleh Pergi Stadium ?



(klik utk tumbesaran gambar, illustrasi seorang penyokong The Red Warriors nak balik Kelate dah lepas teamnya menang =p)

Assalamualaikum wbt..

Penulis tak banyak masa ni. Rentetan dari entri sebelum ini tentang "Contest: Saya Mahu Jadi Wanita Solehah", penulis telah diajukan dengan bermacam-macam soalan oleh teman-teman tak kira di blog ini atau di fb.

Sampai ada yang kata, "Muslimah yang baik tak perlulah pergi stadium tengok bola Kelantan vs N9 Final 2010 tu..". 
Penulis rasa penulis nak radd ( balas-tolak) kenyataan ini. Betul, muslimah yang baik tak perlulah pergi bersesak-sesak ke dalam stadium yang sudah cukup padat tu. Kerana masih ada alternatif utama seperti Tv, internet dan lain-lain di rumah. Tapi bukanlah tidak boleh secara total. Malah, tidak pula menjatuhkan saham muslimah solehah jika kena caranya

Penulis cadangkan kalau nak pergi juga:-
kalau nak pergi tu pergi bersama mahram kita, duduk sekali bersama mahram kita, 
jauhkan dari seat lelaki ajnabi ( contoh bagi mak and ayah apit kita biar kita duk tengah-tengah =p ).Kalau pergi dengan kawan-kawan perempuan rasanya adalah tidak berapa selamat dan penulis tidak syorkan di sini. Apa pendapat kamu semua pula?
Kemudian, kalau nak bersorak bagi sokongan tu tak perlulah. Bagi je laluan sorakan tu kepada penonton lelaki, lagipun suara mereka lagi lantang. Sorak je dalam hati, atau genggam je tangan tu kemas2 sambil dalam hati jerit kuat2. Alternatif yang best sikit kalau nak sangat, kibarkan bendera mini team masing-masing. Tayang atau pegang je bendera tersebut rasanya dah memadai. Pakai head band, jersi team pun ok. Penulis rasa masih tak mencemar duli kesolehahan seorang muslimah. ;)
Kalau dah gol pula, cepat2 angkat tadah tangan berdoa syukur kepada Ilahi.

Oh! Hipokrit? Penulis rasa tak pun =p .
Siapa-siapa ada cadangan atau syarat-syarat lain boleh nyatakan di bahagian komen, insyaAllah penulis tambahkan di sini.

Bertandang ke stadium untuk tengok sukan tak mengapa kalau sukan tu tak dedah aurat ( tak perasan pula pemain2 bola nampak ke tak lutut ke atas ) dan mengikuti syarat-syarat Islamik yang lain. Kalau tengok konsert tu penulis memang tak support, yang tu memang out terus.

p/s: Apapun, tahniah buat team Kelate kerana berjaya mendapat Piala Malaysia buat julung-julung kalinya sbg. hadiah buat kami semua rakyat Kelantan. Alhamdulillah =)
p/s II: Kalau ada ustaz2 yang tak puas hati atau nak tegur adalah dipersilakan. Takut juga nanti dikatakan penulis amalkan gaya Islam liberal. 
p/s III: Selamat pulang kembali ke negeri Kelantan buat para penyokong The Red Warriors, sokong-sokong juga tapi dakwah mesti terus jangan dilupakan. 

Tuesday, October 26, 2010

83 Contest: "Saya Mahu Jadi Wanita Solehah"



(klik utk tumbesaran gambar)

Assalamualaikum wbt..

Penulis dalam ruang masa yang sangat terhad ( masih dalam mode imtihan 24.10 - 2.11  ) cuba untuk menaip juga entri ringkas supaya blog ini tidaklah bersawang terlalu lama.

Alhamdulillah kerana dapat siapkan karya yang amat ringkas spt. yang kamu dpt tgk di atas dan dengan karya ini juga penulis merasmikan; 

"CONTEST SAYA MAHU JADI MAR`AH SOLEHAH" 
di blog ini.

Semua orang sudah tahu wanita solehah sangat-sangatlah mahal harganya di sisi Islam. Banyak kalam Allah, kalam Rasul dan kalam para Solihin menyebut dan menceritakan tentang wanita solehah. Malah tiada siapa pun dari orang Islam berani menafikan kemuliaan wanita solehah. 

Penulis menyeru semua rakan bloggers dan kawan-kawan muslimat seMalaysia, janganlah kita hanya menjadi MAR`AH JAMILAH (wanita cantik ) sahaja tapi tambahlah dengan nilai SOLEHAH, barulah sempurna hidup sebagai seorang wanita itu. Oh ya, contest ini adalah untuk selama-lamanya sampai hari kiamat :) Hadiah contest? Penulis tidak mampu bagi, hanya Allah yang tahu nilai sebenar wanita solehah =)

Siapa nak jadi wanita solehah sila angkat tangan! =p

Oh kepada kaum Muslimin ( juga amaran buat Muslimat ) yang nak cari bakal isteri pula, sila ikut nasihat Imam Ghazali ni:
"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah,dan yang hananah,dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah"

- wanita Ananah banyak mengeluh dan mengadu, dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
- wanita Mananah suka membangkit-bangkit terhadap suami. wanita ini menyatakan 'aku membuat itu keranamu'.
- wanita Hananah menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
- wanita Hadaqah melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
- wanita Baraqah ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
- wanita Syadaqah banyak cakap, tidak menentu lagi bising.

Sumber: Syukran Kak Ibtisam Syarha

 sila copy code di sebelah tepi blog ni ye =)

Wassalam.

p/s: eh, jangan hanya solehah di blog ini je tau =p
p/s II: oh ye..takkan harga wanita solehah hanya takat Rm10 ribu kot..pastilah sangat2 mahal kan? kan kan? =)

Sunday, October 17, 2010

53 Siapa Kata Couple Haram?



(klik utk besarkan gambar, hnya di blog ni)

Salam, 

Couple dah jadi halal...=)
Puas hati tak semua? Puas?

Wslm.

Friday, October 15, 2010

9 Saya Tidak Takut Allah...



(klik utk besarkan gambar, hnya tdpt di blog ini)

"Saya tidak takut Allah.. kerana saya sering berbuat maksiat dan tetap melakukan dosa setiap hari." - para muslimin dan muslimat yang lalai

Assalamualaikum wbt..

Firman Allah dalam Surah Al-Anfal: 
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah." 
(  سورة الأنفال  , Al-Anfal, Chapter #8, Verse #2)

Penulis suka untuk huraikan secara ringkas ayat ini bahawasanya hanya orang-orang yang benar-benar bertaqwa kepada Allah pasti hatinya akan berasa takut dan gentar walaupun hanya dengan disebut nama Allah kepadanya. Jika hanya dengan dengar nama sahaja dah takut, apatah lagi untuk berbuat salah dan dosa terhadap Allah. Banyak benda yang kita buat, kita tidak fikir Allah sentiasa melihat setiap perbuatan kita dengan Raqib dan 'Atid-Nya laju mencatat setiap amal perbuatan kita. Bukan untuk berkata sesuatu yang buruk pada pembaca sekalian, tetapi untuk memperingatkan penulis sendiri. 

Sediakan Payung Di Dunia Demi Payung Arasy di Mahsyar

Penulis tahu, kita semua dah biasa sangat mendengar ceramah-ceramah dan tazkirah-tazkirah yang kita rasa kadang-kadang selalu membosankan. Malas betul nak dengar tazkirah. Apatah lagi nak berdakwah. Tak kurang juga ramai yang pandai berdakwah, tapi tak pandai nak amal. Penulis pun lebih kurang sahajalah. 

 Rasulullah pernah bersabda yang menceritakan tentang keadaan ahli-ahli maksiat di Padang Mahsyar kelak; ada yang ada yg berjalan dgn perutnya dan ada pula yg berdiri dgn mukanya terbalik ke bawah dan kakinya di atas, wali'yazubillah ( moga Allah hindarkan ). Kalau kita fikir-fikir, kerana kita tidak takut kepada Allah lah kita diseksa dan dimalukan sebegini rupa di akhirat. Ini belum lagi seksaan-seksaan neraka yang tak terhingga lagi azabnya. Semua kita tahu, semua orang tahu, semua kita tanak susah, tanak azab neraka, tanak berada di tengah panas apatah lagi di Padang Allah dengan matahari yang dekatnya dikatakan sejengkal dengan ubun-ubun kepala! MasyaAllah!

Jadi, kenapa kita masih tidak mahu sediakan payung amalan pahala di dunia banyak-banyak? Kita ni kalau kena hujan pun dah nak selesema, demam. Inikan pula dibiarkan beratus tahun di bawah terik mentari di akhirat? Tunggu apa lagi, ahsanuuuuuuuu ( berbuat kebaikanlah kamu semua )! Innallaha Yuhibbul Muhsinin..

Penulis tegaskan sekali lagi, 
sediakan payung masing-masing cepat-cepat. Makin besar payung, makin selamat. Penulis maksudkan di dunia dan akhiratlah.

Wallahua'lam. Wa'alaikumussalam.

Saturday, October 9, 2010

8 Mendaki Gunung Taqwa



(klik utk besarkan gambar, hnya di blog ini..zulumat = kegelapan)

Assalamualaikum wbt..

Penulis dalam ruang masa yang terhad cuba untuk mencoretkan juga sedikit catatan di blog haqir hina ini. 
Kita sebagai umat Islam yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasulullah sepatutnya setiap hari penulis sarankan supaya mendaki gunung taqwa.  Jika dilihat pada illustrasi di atas, bayangkan pendaki itu adalah kamu - membawa beg amalan soleh, beg solat dan sabar..kemudian bersungguh-sungguh dengan sedaya upaya berjuang keluar dari kegelapan dosa, kelazatan dunia..fuhh..berbahasa kiasan sungguh penulis kan? huhu..
Pandai-pandailah sendiri kamu bayangkan bagaimana kamu nak mencapai puncak taqwa =)
Jangan bayangkan sahaja, berusaha! Chaiyok! Aja2 fighting!

Wassalam


Tuesday, October 5, 2010

4 Ukhuwwah Fillah!



(sila klik utk besarkan gambar, gmbr utk semua sahabat sejati)


Assalamualaikum wbt..
Gambar ini penulis tujukan kepada semua rakan bloggers yang baru sahaja penulis kenal. Juga kepada para sahabat penulis di Maahad Muhammadi Pasir Mas, Kelantan dengan ucapan semoga berjaya dalam imtihan yang sudah hampir tiba. 

*************************
Dalam satu riwayat dikatakan, "Seseorang bergantung kepada agama temannya. Maka perhatikanlah salah seorang kalian, dengan siapa ia berteman." Jangan berteman kecuali dengan orang yang mampu membangkitkan semangatmu dan keadaannya akan membuatmu terbimbing menuju Allah.

Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam pernah bersabda," Seseorang itu (dipandang) dengan siapa yang duduk bersamanya, dan seseorang itu (diukur) dengan siapa yang berjalan dengannya, oleh itu hendaklah anda memerhatikan siapa yang hendak dijadikan kawan."

Sabda Nabi sollallahu `alaihi wasallam lagi, "Duduk dengan orang soleh lebih baik dari duduk sendirian, dan duduk sendirian lebih baik dari duduk bersama-sama kawan yang jahat."

Telah bersabda Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam, "Perumpamaan teman yang soleh, laksana penjual minyak wangi. Sama ada ia akan memberi anda sedikit, atau anda akan membeli daripadanya sedikit, ataupun anda sekurang-kurangnya bisa dapat mencium bau wangi. Dan perumpamaan teman yang buruk, laksana tukang besi peniup api. Samada ia akan membakar baju anda, ataupun anda akan mencium bau busuknya daripadanya." ( sumber syukron : cahayamukmin )

*******************

Sama-samalah kita menjadi antara para2 sahabat soleh dan solehah sekaligus cerminan kepada masyarakat Islam seluruhnya.

Friday, October 1, 2010

12 Jangan Bersedih Lagi



(sila klik utk besarkan, hnya terdapat di sini)

Salam buat para pengunjung,

Penulis tidak tahu apa yang patut dicoretkan di sini, jadi penulis ingin tahu apakah tips-tips dari para sahabat untuk mengatasi kedukaan masing-masing?

Boleh share tak? :(

Next previous home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Semua milik Allah 2010 hingga kiamat