Sahabat Amat Sejati :) Saya wajib follow sesiapa yg follow saya =)

di mana Dia di hatiku?

Wednesday, September 29, 2010

9 Solat Terakhir Rasulullah SAW



(klik utk besarkan gambar, hanya terdapat di blog ini)


Assalamualaikum wbt.

Tahukah kalian Surah Al-Kahfi ayat 110 adalah Surah terakhir yang Rasulullah baca dalam Solat Subuh baginda yang terakhir? 
Firman Allah: 
قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَـٰهُكُمْ إِلَـٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
 "Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya."

Cuba kita bayangkan jika kita berada di belakang Rasulullah ketika itu bagaimanakah perasaan kita? Sayu, terharu, sedih, semua bercampur baur. Pada pandangan penulis, ini adalah cara yang baik untuk kita mengingati dan mencintai Rasulullah secara langsung. 

Penulis juga pernah mendengar satu tazkirah ringkas dari TGNA, beliau mengesyorkan supaya kita kreatif sikit apabila kita menghayati makna dalam Al-Quran. Misalnya, firman Allah dalam Surah Al-Dhuha ayat 3:

مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ

"(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). "

Cuba anda tukarkan wahai Muhammad itu dengan wahai (nama kamu), penulis letak nama penulisla senang sebagai contoh:

"....(Bahawa) Tuhanmu (wahai Jannati) tidak meninggalkanmu Jannati dan Dia tidak benci (kepadamu Jannati,.... "

Lihat, seakan-akan Allah berbicara dengan kita sendiri! Bayangkan Allah kata sendiri pada kita Dia tidak mahu tinggalkan kita dan tak benci kita..Allah.....Sayang sungguh Allah pada kita kan? !

Walaupun bukan pada semua ayat kita boleh ubah dan bayangkan begini, tapi sekurang-kurangnya kita dapat belajar mencintai Allah dan RasulNya dengan lebih dekat. 
Sampai sini sahaja. Wassalam.




9 comments:

Nadia said...

bestnyaaaa :)

ismi jannati said...

yaya: best kan hidup bersama ngn Allah dan Rasul =)

Inche gabbana said...

woah.. semua ini and aluki sendirikah..? subhanallah.. kagum..!! ;)

btw, mmg teringin sgt nak solat bersama rasulullah... ya allah... TT__TT

Inche gabbana said...

sorry. *anda lukis sendirikah..?*

ismi jannati said...

@gabbana

Menjawab persoalan itu, ianya tidak saya lukis sendiri tetapi dibantu oleh abg saya juga dgn menggunakan photoshop.. =)

Siti Nr Syahira ●̮̮̃• said...

Assalamualaikum wbt . syukran kak .
:)

budak baru belajar said...

saya juga merasa sesuatu apabila mengubah perkataan seperti itu, saya seperti sedang berbicara dengan NYA..bila ubah guna nama sendiri rasa Allah bercakap dan berkata kepada diri kita...adakah boleh kita mengubah untuk timbulkan rasa tersebut...tak salah ke??

Anonymous said...

wahai ismi jannati...anda sungguh mulia krna menulis entry2 mengenai agama islam..moga Allah menempatkan kamu di kalangan org yg beriman..teruskan usaha anda utk menulis mengenai agama dan kalau boleh,rujuk al-quran,dan ustaz@ustazah agar apa yg di tulis tidak tersasar dari tujuan asal..di sini saya kongsi kan klip video mengenai Rasulullah S.A.W...copy dan paste kannya..wasalam...http://www.facebook.com/video/video.php?v=1245155845166&oid=139381643340&comments&ref=mf

Anonymous said...

Putrifarez: Tidak salah jika kena pada tempatnya. Namun ia hanyalah untuk kegunaan diri sendiri disyorkan..

Next previous home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Semua milik Allah 2010 hingga kiamat