Sahabat Amat Sejati :) Saya wajib follow sesiapa yg follow saya =)

di mana Dia di hatiku?

Sunday, September 26, 2010

1 Selamat Menghadapi Peperiksaan



(klik utk besarkan gambar, hnya trdpt di blog ini)

Assalamualaikum wbt..
Pengunjung yang dirahmati Allah, musim peperiksaan sudah hampir tiba. PMR, PMRU, SMU, SPM, STPM, STAM dan macam-macam lagi exam di peringkat-peringkat yang berbeza. Jadi, pemilik blog mengucapkan selamat menduduki peperiksaan masing-masing dan moga Allah memberikan kejayaan dan keberkatan kepada mereka yang dah berusaha dengan sabar dan solat. Sudah biasa kita dengar kalam Allah yang menyebut dalam Al-Quran yang mulia:
"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah  apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
(  سورة الرعد  , Ar-Rad, Chapter #13, Verse #11)

Diingatkan bukan sahaja ujian di atas kertas dan dewan peperiksaan sahaja manusia itu akan diuji, bahkan segenap sudut kehidupan manusia itu akan diberikan ujian demi ujian kerana kita hanya hambaNya dan Dia berhak memberikan kita test yang sewajarnya supaya kita tunduk dan terus tunduk pada suruhanNya.

Wassalam. 

Next previous home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Semua milik Allah 2010 hingga kiamat