Sahabat Amat Sejati :) Saya wajib follow sesiapa yg follow saya =)

di mana Dia di hatiku?

Saturday, June 4, 2011

19 ~Rapuhnya iman Muslimah~





Salamun alaik saudaraku,
apa khabar iman? apa khabar hati?apa khabar jiwa? Semoga semuanya kearah menuju Rabb. Subhanallah..Ingin ana kongsikan sedkit sebanyak perkongsian hati. Bukan tentang cinta,kerana ana masih belum memiliki itu. Bukan juga tentang hati.kerana ana masih belum menemui pemilik hati ini selepas Allah,rasul dan usrati. .~Rapuhnya iman muslimah~..ringkas tapi mendalam.. Saudara yang dirahmati Allah,renungkanlah kisah ini. Moge mendapat manfaat. Apakah kite termasuk dalam golongan yang sedemikian. Ana tak layak digelar solehah kerana banyak lagi kekurangan diri. Ana juga seperti kalian. Meraba-raba mencari kasih illahi.. Jom! ikuti fokus utama ini terutamanya kepada para Muslimah. Apakah kite layak untuk menjadi "Muslimah Solehah"?? Tepuk dada tanye iman..

kisah 1:--

Dalam kepenatan pulang dari sekolah,seperti biasa ana berjalan menuju ke baiti jannati.Dalam perjalanan pulang, semasa hendak melintas jalan..ternampak seorang muslimah memimpin anaknya untuk melintas jalan.Sejuk mata memandang..huhu.Tanpa disangka,selipar anaknya tertanggal dari kakinya semasa tergesa-gesa untuk melintas.Nak tahu tak ape yang ibu die lakukan pada anknya yang masih kecil kire2 umur 4 tahunla..Urm..ibunya memarahi anaknya kerana kesilapan sekecil itu lalu membaling selipar ke atas muka anaknya.MasyA aLLAH..Hebatnye cara mendidik anak..Mungkin ini yang dikatakan solehah?

kisah 2:-

Seminggu sebelum imtihan pertengahan tahun Spm yang lalu, ana sempat meluangkan mase bersiar-siar di pantai..Nak lepaskan stress kononnya..Di situ ada sepasang suami isteri.Baru berkahwin.Agaknyela..Si isteri memangku bayinya.Cuba menenangkan bayinya yang merengek menangis.Saudara rase ape yang dilakukan oleh si isteri itu untuk menenangkan anaknya yang masih kecil itu..? Si isteri mendodoikan bayinya dengan menyanyikan lagu jiwang..Kalau tak silap ana,"luahan hati" nyanyian apit..Masya Allah..Hebat betul muslimah sekarang..mendodoikan anknya dengan lagu2 kejiwanngan..Hmm..

Ana tak nak ulas dengan lanjut.Apakah masih perlu diajar satu persatu? Realitinya,budaya zaman sekarang.Hanya pandai berkahwin tapi?Fikirkanlah..Dimane srikandi ummah?Dimane muslimah sejati?Dimane mujahidah pekerti?Dimane mar'ah solehah?Kadang-kadang terbit rase malu kerana begitu rapuhnya kite nie iye kaum hawa.Cetek dengan ilmu agama.Sedarlah ukhti..kembalikan zaman kegemilangan islam dengan menjadi wanita itu..Moge memperoleh iktibar dan sedarlah.Layakkah kite menjadi bidadari syurga?

~Susahnya ingin mencari wanita solehah di zaman sekarang~Alangkah sedihnya..Indahnya hidup bersyariat.


19 comments:

Nazihah@Jiha said...

Allahu rabbi..merasa diri banyak kekurangan :(

ismi jannati said...

mencari..dan terus mencari..

Nadia said...

hummm, Subhanallah

aiEz said...

mencari dan terus mencari,bukan sahaja muslimah sejati tapi juga mukmin sejati..terasa ada kekurangan dalam diri,yg melakukan seribu satu kesilapan sepanjang perjalanan dalam sebuah kehidupan..

hardy boy said...

btl tu, nice entry (^_^)

ismi jannati said...

nadia:subhanallah..moge Allah kasih

ismi jannati said...

aiez:alhamdulillah..satu nasihat yang bagus..amal dan istiqamah..syukran..

ismi jannati said...

hardy:syukran..harap dapat manfaat..

WaNie^^ said...

Semoga Allah perkuatkan hati hamba-hamba-Nya yg beriman untuk menghadapi fitnah di akhir zaman ini..

ismi jannati said...

wanie:amin ya rabbal a'lamin,,

Andy A.Fairussalam said...

Assalamu'alaikum.. :) salam kenal ya..
blogwalking sambil baca-baca sekaligus follow blog kamu, follow balik ya ke AndyOnline.Net ^_^

ismi jannati said...

andy:wslm wbt...salam ukhuwah juge..insya Allah..

Mel Az-Zahra said...

moga kt mendapat hidayah...disampig mencari ilmu dunia dan akhirat...moga menjadi wanita solehah..insya_Allah

ismi jannati said...

mel:moge Allah kasih.amin ya rabb.lengkapkan diri kite dgn perisai "malu"..insya Allah..

sakinah_tarmizi said...

ni fanie yg mana eh?sy ex mmpm jugak batch kamu

ismi jannati said...

sakinah:ismi jannati..huhu..ana baru f5 taun nie..insya Allah..

Ummu Asiah yusra said...

assalamualaikum adikku... teratakmu adalah kegemaranku... minta izin copy entry di atas dengan editan sedikit... =)

ismi jannati said...

ummu:wslm wbt..silakan..semua milik Allah

lina said...

Iman kita sekarang ni bagai buih di lautan. Bila disentuh akan pecah. Ya Allah ampunilah dosa kami.

Next previous home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Semua milik Allah 2010 hingga kiamat