Sahabat Amat Sejati :) Saya wajib follow sesiapa yg follow saya =)

di mana Dia di hatiku?

Sunday, December 26, 2010

14 Ya Rabb,Aku Malu PadaMu…




"Hai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari keduanya Allah memperkembang-biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu."

-- An-Nisa': 1

Assalamualaikum,DEngan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.Sering kutitipkan doa agar kita semua sentiasa berada dibawah payungan rahmatNya dan hidayahNya Yang Maha Esa.Dalam kekalutan dunia pada tika ini daku amat berharap agar Allah sudi mengampuni dosa kita semua.Dalam keadaan manusia tidak lagi takut kepada Tuhannya,dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan antara yang hak dan yang batil,dalam keadaan manusia tidak lagi dapat menentukan yang mane pahala dan dose.Moge2 doa yang selalu kita pohon dimakbulkan olehNya walaupun dalam kehidupan seharian kita kadang-kala lupa padaNya.Kadangkala kita ingat kepadaNya tapi yang pasti terlalu banyak masa kita habiskan bukan untukNya.

Buat permata islam yang sudah tentu dikasihi Allah dan dirindui Nabi.Sesungguhnya islam itu bukan sekadar agama tetapi adalah cara hidup kita.Sama ada kita berpakaian,bertutur,belajar,bekerja,atau dengan perkataan yang lebih mudah,bermulanya kehidupan kita dari bangun tidur sehingga kembali tidur.Semuanya Allah telah gariskan untuk kita.Hatta,sebelum kita lahir,sehinggalah kita ditempatkan dalam liang lahad.Islam juge telah mengajar caranya,seringkali kite mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Islam itu tinggi,tiada yang tinggi selainnya”

Tapi sayang sekali kita yang merendah-rendahkannya,kita yang menjauhkan diri daripadanya,bahkan kita malu apabila islam itu menjadi identity kita.Kita lalai dengan kehidupan kita sehingga kita menyangka dunialah syurga yang kekal abadi buat kita sehingga kita lupa pada Allah sedang memerhatikan kita kullu lahzah.Masya Allah.Kita tahu adanya Allah tetapi kenapa kita melanggari perintahNya??Amar makruf nahi mungkar sering terabai!Sombongnya kita kerana kita lupa kepada Pemberi Segala Nikmat sehingga kita menjadi orang yang kufur kepadaNya.Astaghfirullah!!!Kita tahu benarnya Al-quran,tetapi kita tidak mengambil pengajaran daripadanya.Kita juga tahu adanya dosa dan neraka,bahkan tahu adnya syurga dan neraka.Tapi kita masih tidak memperdulikan perintah Allah Yang Maha Kuasa.

Buat mutiara islam yang Insya Allah bergemerlapan di bumi Allah.Prof Dr Hamka pernah berkata:kita boleh meghitung usia kita yang telah kita gunakan,tetapi kita tidak boleh menghitung berapa lagi usia kita yang masih tinggal”.Persoalannya..Bagaimana persediaan kita apabila usia yang terkandung didalam jasad kita sudah habis digunakan.Masihkah dikau ingat akan firman Allah SWT dalam Hadith QudsiNya yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah R.A,Aku sesuai dengan dugaan hambaku kepadaKu.Dan Aku bersama dengannya ketika dia ingat kepadaKu,jika dia ingat Aku dalam hatinya,Aku akan mengingatinya dalam hatiKU,Dan jika dia ingat kepadaku dalam lingkungan khalayak ramai,nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam lingkungan khlayak ramai yang lebih baik.Dan jika dia mendekatiKu sejengkal,Aku pun akan mendekatinya sehasta,Dan jika dia mendekatiKU sehasta,nescaya Aku akan mendekatinya sedepa.Dan jika dia datang kepadaKU berjalan,maka Aku akan mendatanginya dengan berlari.”                                                              Hadis riwayat:syaikhani dan Tarmizi

Walaupun sebesar Bukit Uhud sekalipun dosa yang kita lakukan sesungguhnya Allah masih mengampunkan dosa kita.Subhanallah!Baiknya Allah.Oleh itu,kembalilah kepadaNya andaikata hidup ini jauh dari landasan yang dituntutNya.Sesungguhnya kasih sayang Allah membatasi kasih sayang makhlukNya.Setakat ini sahaja dahulu nukilanku buatmu.Kumohon jutaan kemaafan andaikata bicaraku sebentar tadi mengguris hatimutetapi sesungguhnya daku tidak sekali-kali bermaksud untuk melukaimu.Semoga dirahmati Allah selalu.Bertemu lagi.Kalau tidak didunia,Insya Allah di SYURGA FIRDAUS nanti.Ingat!Lakukan amalmu seiring dengan bicaramu.Bukan hanya petah berdakwah,tapi tidak mengikuti apa yang didakwah.Wassalam.

Kata-kata Pujangga: "Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

14 comments:

Hanif Zainal said...

Ingatan yang berguna. thanks atas entry ini.

~ AlFaqeerah Ila Rabbi ~ said...

Salam..

Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian ni..
"Kasih sayang ALLAH adalah lebih besar dari kemurkaanNya"

Yakin dan Pasti!
Syukran..

ismi jannati said...

anep:Alhamdulillah..tidak sia2 penukilan ana yang dhaif ini.Semoge kite same2 muhasabah diri dan jadikan iman sebagai penunjuk siratal mustaqim..Teruskan kesolehanmu..kerana dirimu begitu berharga.Insya allah.Moge memiliki syurga dunia n akhirat..Amin.

ismi jannati said...

ukht aisyah:Alhamdulillah..bertaqwalah kamu kpd Allah.nescaya kamu akan bahagia..Insya Allah.teruskan dan tingkatkan amal soleh kite tuk memperoleh syurga firdaus.Subhanallah..Ingin diri ini tuk same2 berjalan dengan ukhti dijalan daie ini.Insya Allah.teruskan memberi sokongan.Afwan.

mama hidayahamin said...

Wahai Yang Menjadi Matlamat hidupku... sudikah Dikau terhadap seorang penjahat yang masih mengekalkan kejahatan seperti aku ini?

Wahai Yang Maha Pemaaf,
Ampunilah aku, tolong jangan campakkan diriku
ke dalam Neraka yang dasyhat itu
Aku tidak sanggup diazab sedemikian pedihnya
sekalipun Syurga itu tidak layak menjadi rumahku...

ismi jannati said...

Amin Ya Rabbal A'lamin.semoge keredhaaNya selalu kte perolehi.Hiduplah dengan mengutip mardhatillahNya.Subhanallah.

pencari iman said...

Jazakallah..satu peringatan yang baik..mudah2an Allah swt. pelihara iman kita semua dikala zaman kembali gelap..moga kegelapan dapat dihilangkan dengan 'cahaya' sepertimana yg telah diusahakan oleh Rasulullah saw. dan Sahabatnya r.hum

ismi jannati said...

Afwan kassira ya akh.moge peringatan itu same2 kite amalkan selagi nyawa dikandung badan.Ameen.kerna itula kite harus menjadi pencari iman sejati,,kejarlah cahaya itu.Insya Allah.

Anonymous said...

niat hati nak mendiamkan diri je pas bca apa yg anti balas. saat ne terbuka hati nak bls komen anti n tujuan ana, nak ucapkan terima kasih atas doa anti dalam komen tu pda ana. terharu. apa yg anti balas 2 sbnrnya lagi menyentuh hati dari pemahaman ana pada entry ini. last word "amin" nmpk sgt sgt ikhlas dan jujur, sgt menyentuh. maaf xda niat pape selain dari bersyukur atas doa anti. syukran. asif andai menganggu. ana insan lemah.

ismi jannati said...

Ya Allah,malunye ana..jangan pernah terharu dengan ana.hanya doa tulus dari ana yang hina ini yang bisa iringimu wahai saudaraku yang kukashi kerna ketinggianmu dalam mengejar laskar cinta illahi.ana turut bersyukur atas prihatinmu.Same2la kite mendoakan ye..afwan kassira.la ba'sa.ana juge insan lemah sepertimu..moge kite mendapat keredhaanNya.Insya Allah.Doaku selalu mengiringimu..

♥ Srikandi Perindu Syurga ♥ said...

Salam ukhwah wa mahabbah sahabatku..

Perkongsian yg sgt membantu..
Semoga Allah subhanahu wata’ala senantiasa mencurahkan taufiq dan hidayah-Nya kepada kita semua..ameen
syukran jazilan sahabat jannati
teruskan menulis =)

ismi jannati said...

Salam ukhuwah abadan abada.
Alhamdulillah.semoga menambahkan iman kite.Amin.afwan kassira ya sodiqati jamilah.
Insya Allah..jika diri ini masih lagi berdetakkan kalimah tauhidNya.Insya Allah.

hamba Allah said...

Salam kak..boleh sye contct kak melalui email?
need help lah kak..
:)

ismi jannati said...

hamba Allah:silakan..faniafnan_jannati@yahoo.com..

Next previous home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Semua milik Allah 2010 hingga kiamat