SEDEKAH DAPAT MENUNDA KEMATIAN
DAN MEMANJANGKAN UMUR
DAN MEMANJANGKAN UMUR
Kematian memang di tangan Allah. Namun, ada satu hal yang dapat membuat kematian menjadi sesuatu yang boleh ditunda, iaitu kemahuan bersedekah, memberi, dan mengambil berat antara satu sama lain.
Suatu hari, MalaikatMmaut mendatangani Nabi Allah Ibrahim, dan bertanya,"Siapa anak muda yang tadi mendatangimu,wahai Ibrahim?’
" Itu sahabat sekaligus muridku,”jawab Nabi Ibrahim.
"Ada apa dia datang menemuimu?’
"Dia menyampaikan bahawa dia akan melangsungkan pernikahannya esok pagi.”
"Wahai Ibrahim,sayang sekali, umur anak itu tidak akan sampai esok pagi.”
Setelah berkata seperti itu,Malaikat Maut pergi meninggalkan Nabi Allah Ibrahim. Hampir sahaja Nabi Ibrahim tergerak untuk memberitahu anak muda tersebut,agar menyegerakan pernikahannya malam ini dan memberitahu tentang kematian anak muda itu esok. Namun, langkahnya terhenti. Nabi Ibrahim memilih kematian tetap menjadi rahsia Allah...
Esok paginya, Nabi Ibrahim melihat dan menyaksikan bahawa anak muda tersebut tetap dapat melangsungkan pernikahannya. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun. Nabi Ibrahim melihat anak muda ini berumur panjang. Hingga usia anak muda ini 70 tahun, Nabi Ibrahim bertanya kepada Malaikat Maut, apakah dia tidak berbohong ketika menyampaikan bahawa anak muda itu umurnya tidak akan sampai esok pagi? Malaikat Maut menjawab bahawa dirinya memang akan mencabut nyawa anak muda tersebut,tetapi Allah menahannya.
“Apakah yang membuatkan Allah menahan tanganmu daripada mencabut nyawa anak muda tersebut?”
"Wahai Ibrahim, pada malam menjelang pernikahannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh daripada kekayaannya. Ini yang akan membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut hingga engkau masih melihatnya hidup.”
Saudaraku, dimana pun anda berada, kematian ada tangan Allah. Dan, Allah memberitahu melalui kalam Rasulullah bahawa sedekah itu boleh memanjangkan umur. Jadi, apabila disebut bahawa ada sesuatu yang menunda kematian, itu adalah sedekah. Maka, tengoklah kanan dan kiri anda, lihatlah sekeliling anda. Jika anda mendapati ada satu-dua kesusahan, sesungguhnya andalah yang memerlukan pertolongan. Kerana siapa tahu kesusahan itu diberikan Allah untuk memanjangkan umur anda. Apa yang tinggal adalah, apakah anda bersedia menolongnya atau tidak. Jika bersedia, kemungkinan besar memang Allah akan memanjangkan umur anda.
Saudaraku, tidak ada seorang pun yang mengetahui bila ajalnya akan tiba dan tidak seorang pun yang mengrtahui dalam keadaan apa ajalnya tiba. Maka, mengeluarkan sedekah bukan sahaja akan memanjangkan umur, melainkan juga memungkinkan kita meninggal dalam keadaan baik, bukankah sedekah akan mengundang cinta Allah? Jika seseorang sudah dicintai oleh Allah, sekali lagi, tidak ada maslah yang tidak diselesaikan, tidak ada keinginannya yang tidak dikabulkan, tidak ada dosanya yang tidak diampunkan, dan tidak ada nyawa yang dicabut dalam keadaan husnul khatimah.
Mudah-mudahan Allah berkenan memanjangkan umur kita supaya kita semua berkesempatan untuk mengejar keampunan Allah dan mengubah segala kelakuan kita sambil mempersiapkan datangnya kematian. Amin..
MUTIARA KATA
Sedekah dapat menolak bala.Rasulullah SAW bersabda,: bersegeralah bersedekah kerana bala tidak pernah mendahului sedekah.”
Sedekah dapat menyembuhkan penyakit. Rasulullah SAW menganjurkan,”ubatilah penyakitmu denagn sedekah.”
Sedekah dapat menunda kematian dan memanjangkan umur.kata rasulullah SAW,:perbanyaklah sedekah. Kerna, sedekah dapat memanjangkan umur,”
5 comments:
salam....
kalau kita belanja kawan kita makan dengan niat bersedekah...
itu boleh dimaksudkan dengan sedekah ke??
sedekah menunda kematian..
ya..sy pernah dgr,,,
wslm....yup,,Semuanya terletak atas niat..niat yang ikhlas bersedekah walau sekecil mane pun...insya allah akan dinilai sebagai sedekah..
ayu:sedekah bisa menunda kematian.so,sedekahlah.Insya Allah.
pada zaman para sahabat nabi mereka sanggup berbelanja lebih dan berhabisan demi kepetingan agama malah mereka hidup bahagia didunia dan ramai pengikut.
Post a Comment