Sahabat Amat Sejati :) Saya wajib follow sesiapa yg follow saya =)

di mana Dia di hatiku?

Friday, October 15, 2010

9 Saya Tidak Takut Allah...



(klik utk besarkan gambar, hnya tdpt di blog ini)

"Saya tidak takut Allah.. kerana saya sering berbuat maksiat dan tetap melakukan dosa setiap hari." - para muslimin dan muslimat yang lalai

Assalamualaikum wbt..

Firman Allah dalam Surah Al-Anfal: 
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah." 
(  سورة الأنفال  , Al-Anfal, Chapter #8, Verse #2)

Penulis suka untuk huraikan secara ringkas ayat ini bahawasanya hanya orang-orang yang benar-benar bertaqwa kepada Allah pasti hatinya akan berasa takut dan gentar walaupun hanya dengan disebut nama Allah kepadanya. Jika hanya dengan dengar nama sahaja dah takut, apatah lagi untuk berbuat salah dan dosa terhadap Allah. Banyak benda yang kita buat, kita tidak fikir Allah sentiasa melihat setiap perbuatan kita dengan Raqib dan 'Atid-Nya laju mencatat setiap amal perbuatan kita. Bukan untuk berkata sesuatu yang buruk pada pembaca sekalian, tetapi untuk memperingatkan penulis sendiri. 

Sediakan Payung Di Dunia Demi Payung Arasy di Mahsyar

Penulis tahu, kita semua dah biasa sangat mendengar ceramah-ceramah dan tazkirah-tazkirah yang kita rasa kadang-kadang selalu membosankan. Malas betul nak dengar tazkirah. Apatah lagi nak berdakwah. Tak kurang juga ramai yang pandai berdakwah, tapi tak pandai nak amal. Penulis pun lebih kurang sahajalah. 

 Rasulullah pernah bersabda yang menceritakan tentang keadaan ahli-ahli maksiat di Padang Mahsyar kelak; ada yang ada yg berjalan dgn perutnya dan ada pula yg berdiri dgn mukanya terbalik ke bawah dan kakinya di atas, wali'yazubillah ( moga Allah hindarkan ). Kalau kita fikir-fikir, kerana kita tidak takut kepada Allah lah kita diseksa dan dimalukan sebegini rupa di akhirat. Ini belum lagi seksaan-seksaan neraka yang tak terhingga lagi azabnya. Semua kita tahu, semua orang tahu, semua kita tanak susah, tanak azab neraka, tanak berada di tengah panas apatah lagi di Padang Allah dengan matahari yang dekatnya dikatakan sejengkal dengan ubun-ubun kepala! MasyaAllah!

Jadi, kenapa kita masih tidak mahu sediakan payung amalan pahala di dunia banyak-banyak? Kita ni kalau kena hujan pun dah nak selesema, demam. Inikan pula dibiarkan beratus tahun di bawah terik mentari di akhirat? Tunggu apa lagi, ahsanuuuuuuuu ( berbuat kebaikanlah kamu semua )! Innallaha Yuhibbul Muhsinin..

Penulis tegaskan sekali lagi, 
sediakan payung masing-masing cepat-cepat. Makin besar payung, makin selamat. Penulis maksudkan di dunia dan akhiratlah.

Wallahua'lam. Wa'alaikumussalam.

9 comments:

ismi jannati said...

Penulis dah ada payung kecik =)

Anonymous said...

jika kamu tidak tkt pada Allah bermakna kamu tidak mengakui kekuasaanNya..jika kamu yakin dengan pendirianmu maka carilah bumi lain yg kamu boleh diami,lihatlh pada dirimu..mata,hidung,mulut,kaki,tangan dn sebagainya..semua ciptaan Allah..andai Allah mengambil nikmat penglihtn mu nescaya butalah kamu...begitu juga nikmat2 lain..bukalah hati dan minda kamu..

ismi jannati said...

Penulis takut pada Allah... =(

k.aisyah said...

Assalamu'alaikum adk jannati...

Semoga ALLAH mengampunkan segala dosa-dosa kita semua, yg mungkin tak terhitung banyaknya..
PadaNyalah tempat kita memohon segala keampunan..
Hapuskan dendam, Bersihkan hati, Luruskan niat semata-mata mencari keredhaanNya
syukran dik..
p/s: peringatan bt akk

mama hidayahamin said...

Assalammualaikum ismi jannati.. benar apa yang kamu tulis... terima kasih kerana mengingatkan dan menyedarkan... Alhamdulillah

Solihin Zubir said...

jap.. lari tajuk.. nak puji.. chantek la pix2 kt blog nie.. wat sindri ke?

ismi jannati said...

@solihin: yup..wat sendiri =) nak request wat gambar solihin ke? huhu...

basith said...

maaf la pasa td sbab xleh nk kwal emosi..xdop aroh dh ni trpkso..maaf byok la...nyesa sggoh2 ni.. lpas bco ni dlete slalu lh..maaf la tpakso tlis cni

SHM said...

sy takut Allah tetapi masih lagi melakukan dosa....

Next previous home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Semua milik Allah 2010 hingga kiamat