Sahabat Amat Sejati :) Saya wajib follow sesiapa yg follow saya =)

di mana Dia di hatiku?

Thursday, February 23, 2012

6 Sudah cukup sekadar “couple heart” bagi kita….





Entah apa yang menerawang di minda ana tika ini. Hatiku mendesak. Kalamku terkunci untuk berbicara. Hanya tinta yang mencoretkan sesuatu diatas kanvas yang menemani ana disini. Disinilah tempat ana dan akh bersatu. Saling berhubung tanpa suara. Tanpa irama,tanpa senyuman,tanpa saling bergurau senda dan tanpa segalanya. Yang ada hanyalah,mata yang memandang setiap apa yang terlakar diatas kertas putih ini. Memandang diluar kotak minda. Cuba menafsirkan tanpa ada sekelumit pun su’u dzhon dalam hati kita berdua..

Akh,apa khabar dirimu disane? sihat ke? apa khabar pula hati? apakah ada kesan yang terluka andai ada perbuatanku yang khilaf,bicaraku yang pedas? apa khabar pula iman? ana inginkan keimananmu selalu segar. Sesegar bayangan syurga Firdausi yang kite impikan untuk berpimpingan nanti disana.

Ingin ana lontarkan seribu persoalan dan ana ingin sjuta jwapan dari akh. Ana ingin hanya akh yang berbicara. Kerna ana tak jemu mendengarnya. Yang keluar setiap dari lafaz kalimat darimu. Akh tahu? Setiap bicaramu semuanya bermain di jiwa ku. Akan ana genggam setiap baitmu moge2 menjadi inspirasi,penguat semngat kepadaku tika ana terjatuh sakit,menangis keseorangan dan tika saat ana cukup2 memerlukan tazkirah darimu.

Akh,tahukah  apa yang bermain dalam hatiku kini?andai akh tahu mesti akh tertawakan ana kan?hee..tapi,biarlah.ketawalah sekuat manepun yang akh mahu. Kerna itu tak mampu meruntuhkan dan menghilangkan bayanganmu dalam setiap mimpiku.  Akh,ingat lagi tak janji kite? ana kadang2 lupa..tapi,ana cukup2 berharap setiaku pada akh tetap utuh.

Akh,,setiapkali lepas solat,ana berdoa. Berdoa moge akh sihat walaupun ana tak mampu menjagamu. Hanya mampu memandang bayang2 akh dari jauh..yup..sangat2 jauh. Sampaikan ana rase nak terbang je untuk lihat akh disitu.Huu.Akh,lame sangat kite tak berhubung. Sangat2 menduga keimanan ana. Tapi,ana cuba. Kerna ana tahu itu proses tarbiah. Ya Allah,kadang2 ana menangis,susahnya proses mujahadah ini. Kejap menangis,kejap tersenyum. Apakah akh pun dapat merasai kesan keimanan kite? ana yakin akh tidak sesekali pun tersungkur dengan apa yang terjadi. Sebab ana tahu,akh kuat.

Akh,ana cemburu sangat2 tengok sohabiah2 ana..mereka berpasangan dengan betul2 jaga syariat islam.hanya hati mereka je yang berhubung. Kadang2 ana bertanya pada diri ana. Adakah hati kite berhubung jua??

Akh,ana nak kite couple heart boleh?? Ana taknak kite bercouple cam orang len. Bergurau senda..berbicara manja,,berpegangan tangan,saling pandang memandang dan lebih2 lagi saling melepas rindu..

ana nak biarlah hati kite je yang berhubung..boleh tak akh?

ana harap sngat..tapi,ana tahu.mungkin hanya hati ana je yang ada perasaan camni..ana tak kisah..cukuplah akh tahu,bahawa hati ana hanya ada pada akh..Walau kite tak pernah berbicara,jauh lagi dari saling memandang…dan tersangat2 jauh untuk saling mendekati,tapi cukuplah ana tahu..hati akh cukup setia untuk ana..

Salam sayAng dari ana.muslimah yang dhaif.ye..cukup2 dhaif dari kesolehan.moge Akh tetap thabat di perjalanan dakwah walaupun hati akh sudah tiada lagi untuk ana..




Monday, January 16, 2012

9 ~Layakkah Fatayat Bergelar Habibullah?~





Salam selembut suara Huurun Ain buatmu khas dariku buat sang mujahid,
Salam setenang pancaran wajah nabi yusuf buatmu mujahidah sejati.
Apa khabar iman?apakah semakin mantap?
Apa khabar hati?apakah semakin memancar terang?
Apa khabar nuranimu?apakah semakin teguh berdiri syariatNya?
Apa khabar ilmu?apakah semakin mendekatiNya?

Buat sahabatku,para daie penjulang agama,warkah ini ditulis dengan niat ikhlas ingin memperingatkan dan mungkin juga penyentap semangatmu yang hilang dek ribut perasaan yang melanda..ikutkan nafsu.Anda sedar atau tidak,kite adalah khalifah!?

Islam memandang manusia sebagai khalifah sesuai dengan firmanNya dalam surah Al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud :

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi”. Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”.

Renungkanlah kembali ayat tadi,tanye pada diri,apakah aku sedar?atau sekadar memandang sepi?Tampar lembut pipimu,ingatkan pada hati dan paterikan kemas dalam sanubari jika anda betul2 memahami dari ayat ini. Melaksanakan amal makruf dan nahi mungkar, tabligh, saling berpesan-pesan dengan kebenaran, kesabaran dan kasih sayang adalah antara tugas sebagai seorang khalifah Allah. Iman, amal dan ilmu pula adalah bekalnya.

Ayuh syabab,
Ayuh fatayat,
Jom kite bersatu,
Biar nafsumu membara di jalan dakwah,
Teguhkan pendirianmu,kembalikan ruh islam
Apa kamu tegar,islam dipandang keji?
Apa kamu tegar islam hilang jati?
Apa kamu tegar islam hanya pada diri?

Ayuh ikhwan
Ayuh akhwat.
Buka matamu,
Dimana kekuatanmu?apakah sudah hilang?disambar badai?
dimane pejuang yang mempertahankan islam?
Dimane orang yang saling mengingatkan tentang keindahan islam?
Kalau bukan kite,siapa?
Kalau bukan kite yang menaikkan martabat islam,siapa  lagi?
Cukuplah tenggelam dalam perasaan,
Cukuplah tenggelam dalam hiburan semata
Cukuplah tenggelam dek iman yang berkurang..

Ayuh!perkemaskan keimanan kite!kuatkan dengan pencarian ilmu agama..

Tanye pada diri kite:”apakah aku layak digelar kekasih Allah?

Masya Allah..Astaghfirullah…Allah..Allah..Allah..

~coretan dari hati kerna terlalui merindui pejuang-pejuang islam…~


Thursday, December 22, 2011

14 *Tarbiah dirimu dengan “Husnu Dzhon” *(bersangka baik)







Assalamualaikum..ape khabar jiwa yang menagih setiaNya..apakah masih terus istiqamah dalam memperjuangkan syariatNya?moge yang terbaik dan kasih Allah sentiase mengiringi kalian semua.insya Allah..

Alhamdulillah,hari ini..pada detik ini,ana masih lagi diberi peluang untuk menitipkan nasihat khususnya buat diri ana yang dhaif dan rakan seperjuangan ana..Ana sayang kalian kerna Allah..akan ana bawa dan bimbing kite same-same menuju kesyurgaNya..Barakallah..!Moge dapat ibrah apa yang ana cbe sampaikan dan kongsikan sedikit ilmu..

Tajuk nie simple je tapi susah untuk diamalkan..betul tak? Bersangka baikla!Berikut adalah tips yang disarankan Syeikh Abdul Kadir Al-jailani untuk sentiase bersangka baik sesame insan:

 1-jika engkau bertemu dengan seseorang,maka yakinilah bahawa dia lebih baik daripadamu.ucapkanlah dalam hatimu: “mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih mulia”.

2-jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “anak ini belum bermaksiat kepada Allah,sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik daripadaku.”

3-jika bertemu orang tua,maka ucapkanlah (dalam hatimu):”dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama daripadaku,tentu dia lebih baik daripadaku.”

4-jika bertemu dengan seseorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperoleh,mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai,mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya. Tentu dia lebih baik daripadaku.”

5-jika bertemu dengan seorang yang jahil, maka katakanlah (dalam hatimu):”orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu),sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.Aku tidak tahu agaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik daripdaku.”

6-jika bertemu dengan orang kafir,maka katakanlah(dalam hatimu):”aku tidak tahu bagaimana keadaanya kelak, mungkin pada akhir usia dia memeluk islam dan beramal soleh,dan mungkin boleh jadi pada akhir usiaku kufur dan berbuat buruk..”


 Wahai sahabtku,seperjuanganku dalam meniti jalan daie ini..Demikianlah antara ajaran yang dititpkan oleh seorang ulama yang masyhur yang juga disebutkan sebagai penghulu segala wali. Beliau mengajar diri kita agar cuba memujuk diri sendiri dengan kalam-kalam yang baik..

Ana berharap..setiap perkara yang kite cuba lakukan,letakkan nafas bersangka baik dalam rohanimu..jadikan ia satu ibadah yang memberi suatu nikmat yang besar dalam jiwamu untuk membawa kesyurgA yang abadi..Barakallah..


~tegur ana jika ana terleka~
~tegur ana jika ana terlupa~
~tegur ana jika ana terkhilaf~
~tegur ana jika ana terabai~
~tegur ana jika ana tersimpang~

Ana tak mampu nak berjihad seperti Siti khadijah dalam mengorbankan hartanya untuk islam..Ana tak mampu sehebat serikandi zainab..ana tak mampu setabah Siti Asiah,,ana tak mampu secantik Siti Aisyah..ana tak mampu nak sehebat iman dan kecintaan Rabiatul Adawiah yang menyerahkan hatinya untuk Rabb..tapi insya Allah..akan ana aplikasikan smua ilmu yang ana pelajari dalam mentarbiah diri ana sesuai sebagai mujahidah yang kritis..insya Allah..Biiznillah..Allahuakbar!..Moge Allah kasih..(^_^)salam muhasabah bersama khususnya buat diri ana yang terlalu jauh dari kasihNya.MAsya Allah.




Thursday, November 17, 2011

9 ~Sapu Air matamu Muslimah Solehah~



        
          Apa khabar iman?
         Masihkah secerah sinar taburan bunga d langit?
         Masih mmpu melawan nafsu yg sering mgajak kearah maksiat?

Ya Allah..andainya aku lemah dlm mempertahankan agamaMu,selimutilah aku dgn sutera cintaMu.agar aku sentiasa rindu padaMu.peluklah aku dgn pelukan rahmatMu agar aku sentiasa dalam ksih sayangMu.izinknlah aku mneguk barakah dariMu agar aku tak pernah haus kepada cinta len selain daripda Pemilik CintaNya!



Assalamualaikum.,salam tulus dari hamba yang selalu khilaf dalam perlakuannya..selalu khilaf dalam budi bicaranya..selalu khilaf dalam mencari redhaNya…Sekadar luahan dari hati yang menangis.

Renunglah wahai diri,
Muhasabah apa yang sudah terjadi,
Jangan kau pernah sesali,
Dengan apa yang berlaku hari ni,
Tuhan ingin sekali menguji,
Keimanan dan ketaqwaanmu dalam hati…
Renunglah wahai hati,
Tatkala jiwamu semakin sepi,
Dengan apa yang kau akan isi,
Adakah dengan molekul cinta insani,
Atau dengan redha illahi?
Renunglah wahai nafsu,
Tarbiahkan pada agama yang tertinggi,
Agar dapat menuju ke syurga akhirat nanti,
Dengan kebanggaan yang abadi…


p/s:Ana cuba yang terbaik..ana akan cuba yang termampu..untuk menjadi hambaMu yang taat.untuk menjadi ana k yang solehah.dan anak murid yang dikasihi oleh gurunya..Ana merinduimu ya Rabbi..Jagalah hatiku..kerna Kau pelindung fitnahku..Aku serahkan jiwaku..hanya padaMu..

Friday, October 7, 2011

15 Hijab sang perindu syurga







“ketika wajah ini penat memikirkan dunia,maka berwuduklah..
ketika tangan ini letih menggapai cita-cita,maka berdoalah..
ketika bahu tak kuasa memikul amanah,maka bersujudlah.
ikhlaskan semuanya dan dekatlah Allah s.w.t.
agar tunduk disaat yang lain angkuh.
agar teguh disaat yang lain runtuh.
agar tegar disaat yang lain terlempar.
agar tenang disaat yang lain risau memikirkannya..”

Assalamualaikum wahai bakal penghuni syurga yang insya Allah akan menemuiNya dengan penuh cahaya kebanggaan..Apa khabar iman para mujahid?Dan apa khabar jiwa-jiwa  bidadari syurga?Alhamdulillah..lakarkan kesyukuran kita semua pada hadrat illahi..di sini kite dapat bersama,menikmati lagi curahan ilmu yang dapat sedikit sebanyak ana kongsikan sebagai  hamba yang dhaif..Tentu sahabat-sahabat tertanya-tanya..ada apa dengan tajuk tu? Terus terang ana katakan.tajuk itu memeberi seribu satu persoalan dan jawapan bagi kite..

Ku biar kalam berbicara..menghurai maksud dijiwa.agar mudah ku mengerti,segala yang terjadi..sudah suratan illahi..ana ingin bicara tentang SYURGA!

Menelusuri perjalanan dalam meraih redhaNya..pernahkah anda menangis? Jatuh terduduk menangis hiba? Difitnah? Dimaki? Dan kadang-kadang anda merasakan anda langsung tak layak untukNya,,?Wahai mujahid dan mujahidah yang selalu ana rindukan..

Cuba anda renung kisah ini..moge jadi penenang luka dihati dalam menghadapi lelah di jalan dakwah…moge Allah kasih..

Ustadz, dulu ana merasa semangat dalam dakwah. Tapi belakangan rasanya semakin hambar. Ukhuwah makin kering. Bahkan ana melihat ternyata ikhwah banyak pula yang aneh-aneh.” Begitu keluh kesah seorang mad’u kepada murabbinya di suatu malam.
Sang murabbi hanya terdiam, mencuba terus menggali semua kecamuk dalam diri mad’unya. “Lalu, apa yang ingin …antum lakukan setelah merasakan semua itu?” sahut sang murabbi setelah sesaat termenung.
“Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan perilaku beberapa ikhwah yang justru tidak islami. Juga dengan organisasi dakwah yang ana geluti, kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Bila begini terus, ana sendiri saja…” jawab mad’u itu.
Sang murabbi termenung kembali. Tidak tampak raut terkejut dari roman wajahnya. Sorot matanya tetap terlihat tenang, seakan jawaban itu memang sudah diketahuinya sejak awal.
“Akhi, bila suatu kali antum naik sebuah kapal mengarungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudah amat rapuh. Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang reput bahkan kabinnya bau kotoran manusia. Lalu, apa yang akan antum lakukan untuk tetap sampai pada tujuan?” tanya sang murabbi dengan kiasan bermakna dalam.
Sang mad’u terdiam berpikir. Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam melalui kiasan yang amat tepat.
“Apakah antum memilih untuk terjun ke laut dan berenang sampai tujuan?” sang murabbi mencuba memberi kata.
“Bila antum terjun ke laut, sesaat antum akan merasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasakan kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan ikan lumba-lumba. Tapi itu hanya sesaat. Berapa kekuatan antum untuk berenang hingga tujuan? Bagaimana bila ikan ganas datang? Darimana antum mendapat makan dan minum? Bila malam datang, bagaimana antum mengatasi hawa dingin?” serentetan pertanyaan dihamparkan di hadapan sang mad’u.
Tak ayal, sang mad’u menangis tersedu. Tak kuasa rasa hatinya menahan kegundahan sedemikian. Kekecewaannya memuncak, namun sang murabbi yang dihormatinya justru tidak memberi jalan keluar yang sesuai dengan keinginannya.
“Akhi, apakah antum masih merasa bahwa jalan dakwah adalah jalan yang paling utama menuju ridho Allah?” Pertanyaa ini menghujani jiwa sang mad’u. Ia hanya mengangguk.
“Bagaimana bila ternyata kereta yang antum pandu dalam menempuh jalan itu temyata rosak? Antum akan berjalan kaki meninggalkan kereta itu tersadai di jalan, atau mencuba memperbaikinya?” tanya sang murabbi lagi.
Sang mad’u tetap terdiam dalam sesenggukan tangis perlahannya.
Tiba-tiba ia mengangkat tangannya, “Cukup ustadz, cukup. Ana sedar. Maafkan ana. Ana akan tetap istiqamah. Ana berdakwah bukan untuk mendapat mendapat penghormatan. Atau agar setiap kata-kata ana diperhatikan…”
“Biarlah yang lain dengan urusan pribadi masing-masing. Ana akan tetap berjalan dalam dakwah ini. Dan hanya Allah saja yang akan membahagiakan ana kelak dengan janji-janji-Nya. Biarlah segala kepedihan yang ana rasakan jadi pelebur dosa-dosa ana”, sang mad’u berazzam di hadapan murabbi yang semakin dihormatinya.
Sang murabbi tersenyum. “Akhi, jama’ah ini adalah jama’ah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan. Tapi di balik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki. Mereka adalah pribadi-pribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu, mereka sedang berproses menjadi manusia terbaik pilihan Allah.”
“Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu mendominasi perasaan antum. Sebagaimana Allah ta’ala menghapus dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuslah kesalahan mereka di mata antum dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Karena di mata Allah, belum tentu antum lebih baik dari mereka.”
“, mundur, kecewa atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang masuk akal. Apabila setiap ketidak-sepakatan selalu disikapi dengan jalan itu, maka bilakah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?” sambungnya panjang lebar.
“Kita bukan sekadar pengamat yang hanya bisa berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding sebuah kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafi rpun bisa melakukannya. Tapi kita adalah da’i. Kita adalah khalifah. Kitalah yang diserahi amanat oleh Allah untuk membenahi masalah-masalah di muka bumi. Bukan hanya mengeksposnya, yang bisa jadi justru semakin memperuncing masalah.”
“Jangan sampai, kita seperti menyiram bensin ke sebuah bara api. Bara yang tadinya kecil tak bernilai, bisa menjelma menjadi nyala api yang membakar apa saja. Termasuk kita sendiri!”
Sang mad’u termenung merenungi setiap kalimat murabbinya. Azzamnya memang kembali menguat. Namun ada satu hal tetap bergelayut dihatinya.
“Tapi bagaimana ana bisa memperbaiki organisasi dakwah dengan kedudukan ana yang lemah ini?” sebuah pertanyaan konstruktif akhirnya muncul juga.
“Siapa bilang kedudukan antum lemah? Apakah Allah mewahyukan begitu kepada antum? Semua manusia punya kemampuan yang berbeda. Namun tidak ada yang bisa menilai, bahwa yang satu lebih baik dari yang lain!” sahut sang murabbi.
“Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah taushiah dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang kepada semua ikhwah yang terlibat dalam organisasi itu. Karena peringatan selalu berguna bagi orang beriman. Bila ada sebuah isu atau gosip, tutuplah telinga antum dan bertaubatlah. Singkirkan segala ghil (dengki, benci, iri hati) antum terhadap saudara antum sendiri. Dengan itulah, Bilal yang mantan budak hina menemui kemuliaannya.”
Suasana dialog itu mulai mencair. Semakin lama, pembicaraan melebar dengan akrabnya. Tak terasa, kokok ayam jantan memecah suasana. Sang mad’u bergegas mengambil wudhu untuk qiyamullail malam itu. Sang murabbi sibuk membangunkan beberapa mad’unya yang lain dari asyik tidurnya.
Malam itu, sang mad’u menyadari kekhilafannya. Ia bertekad untuk tetap berputar bersama jama’ah dalam mengarungi jalan dakwah. Pencerahan diperolehnya. Demikian juga yang diharapkan dari Antum/antunna yang membaca tulisan ini.. Insya Allah kita tetap istiqamah di jalan dakwah ini..Dalam samudera tarbiyah ini..
Allahuakbar! Kerana kita perindu SYURGA!...wassalam dari jannati..

Saturday, August 20, 2011

14 ~Sudah Bersedia Bertemu Pemilik Hati?~



                   maaf ye..tak tau gambar sape..harap tuan punye diri izinkan ana gune gambarnye untuk menyebarkan dakwah..harap diizinkan.moge Allah kasih..


               Assalamualaikum saudaraku sekalian..Kaifa halukum?Moge sayang Allah berpanjangan keatas saudaraku di bulan yang cukup-cukup barakah ini..Bulan yang dirindui dan dicintai.Tiada bulan yang teristimewa selainnya..Alhamdulillah,ana masih lagi diberikan peluang untuk menitipkan satu amanat,satu impian dan satu harapan diatas blog ana yang tak seberapa ini..Saudaraku,ambillah waktu seketika untuk membacanya..Moge bermanfaat untuk semua dan dirii yang dhaif ini..insya Allah..

Bekalan disane?Alam akhirat itu teramat dekat kepada kita ibarat di bilik sebelah cuma sakaratul maut yang menjadi pemisah ibarat dinding..Sudah bersediakah kita untuk menghadapi alam akhirat?Tahukah bagaimana para sahabat ulama' terdahulu membuat persiapan untuk menghadapi alam akhirat?...

IMAM SYAFIE: telah mengkhatamkan al-quran pada bulan ramadan sebanyak 60 kali.
IMAM BUKHARI:telah khatam al-quran sebanyak 30 kali dalam sebulan ramadan.
IMAM AHMAD:telah bersembahyang sunat sebanyak 300 rakaat dalam sehari.
ATHA BIN RABA':tidur selama 30 tahun didalam masjid semata-mata kerana mencari ilmu
ABU HURAIRAH:bertasbih sebanyak 12000 kali dalam sehari
KHALID BIN MARWAN:bertasbih sebanyak 10000 kali sehari..

Disini ana sekadar kongsi beberapa nama para sahabat dan ulam' yang terulung dalam membuat persiapan untuk menghadapi ALAM AKHIRAT..Bagaimana pula kite?Masya Allah..malu rasenye bile ana hitung betapa banyak mase yang dihabiskan begitu saje..


Namun apakah persiapan kite sebagai hambanya yang banyak berdosa di zaman ini dalam menghadapi Alam akhirat??Betapa sukarnye untuk menjawab pertanyaan ini.Berapa banyak mase kalian yang diperuntukkan untuk Allah??Zaman sekarang penuh dengan bunga-bunga cinta..tapi mane bunga cinta untuk Allah?Asyik2 dengan insani!Ana tanye saudara sekalian,sudah bersediakah bertemu dengan pemilik hati?Anda yang tentukan.Jawapan ada di tangan anda..


Ana malu untuk menjawabnya..Ana malu untuk mengatakannya.Ana malu!Marilah same2 kite muhasabah selagi nyawa dikandung badan..insya Allah..Ape yang baik datang dari Allah,ape yang buruk datangnye dari khilaf ana yang bernama Jannati..Ucapan yang selalu ana ingati dan sering ana ukirkan di blog ana.."Ana tahu ana bukan muslimah solehah.mana bisa bergandingan dengan syabab soleh..apepun itu bukan tujuan ana diciptakan..Rinduku,cintaku hanya untuk Allah..Wassalam..
Next previous home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Semua milik Allah 2010 hingga kiamat