Sahabat Amat Sejati :) Saya wajib follow sesiapa yg follow saya =)

di mana Dia di hatiku?

Thursday, December 22, 2011

14 *Tarbiah dirimu dengan “Husnu Dzhon” *(bersangka baik)







Assalamualaikum..ape khabar jiwa yang menagih setiaNya..apakah masih terus istiqamah dalam memperjuangkan syariatNya?moge yang terbaik dan kasih Allah sentiase mengiringi kalian semua.insya Allah..

Alhamdulillah,hari ini..pada detik ini,ana masih lagi diberi peluang untuk menitipkan nasihat khususnya buat diri ana yang dhaif dan rakan seperjuangan ana..Ana sayang kalian kerna Allah..akan ana bawa dan bimbing kite same-same menuju kesyurgaNya..Barakallah..!Moge dapat ibrah apa yang ana cbe sampaikan dan kongsikan sedikit ilmu..

Tajuk nie simple je tapi susah untuk diamalkan..betul tak? Bersangka baikla!Berikut adalah tips yang disarankan Syeikh Abdul Kadir Al-jailani untuk sentiase bersangka baik sesame insan:

 1-jika engkau bertemu dengan seseorang,maka yakinilah bahawa dia lebih baik daripadamu.ucapkanlah dalam hatimu: “mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih mulia”.

2-jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “anak ini belum bermaksiat kepada Allah,sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik daripadaku.”

3-jika bertemu orang tua,maka ucapkanlah (dalam hatimu):”dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama daripadaku,tentu dia lebih baik daripadaku.”

4-jika bertemu dengan seseorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperoleh,mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai,mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya. Tentu dia lebih baik daripadaku.”

5-jika bertemu dengan seorang yang jahil, maka katakanlah (dalam hatimu):”orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu),sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.Aku tidak tahu agaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik daripdaku.”

6-jika bertemu dengan orang kafir,maka katakanlah(dalam hatimu):”aku tidak tahu bagaimana keadaanya kelak, mungkin pada akhir usia dia memeluk islam dan beramal soleh,dan mungkin boleh jadi pada akhir usiaku kufur dan berbuat buruk..”


 Wahai sahabtku,seperjuanganku dalam meniti jalan daie ini..Demikianlah antara ajaran yang dititpkan oleh seorang ulama yang masyhur yang juga disebutkan sebagai penghulu segala wali. Beliau mengajar diri kita agar cuba memujuk diri sendiri dengan kalam-kalam yang baik..

Ana berharap..setiap perkara yang kite cuba lakukan,letakkan nafas bersangka baik dalam rohanimu..jadikan ia satu ibadah yang memberi suatu nikmat yang besar dalam jiwamu untuk membawa kesyurgA yang abadi..Barakallah..


~tegur ana jika ana terleka~
~tegur ana jika ana terlupa~
~tegur ana jika ana terkhilaf~
~tegur ana jika ana terabai~
~tegur ana jika ana tersimpang~

Ana tak mampu nak berjihad seperti Siti khadijah dalam mengorbankan hartanya untuk islam..Ana tak mampu sehebat serikandi zainab..ana tak mampu setabah Siti Asiah,,ana tak mampu secantik Siti Aisyah..ana tak mampu nak sehebat iman dan kecintaan Rabiatul Adawiah yang menyerahkan hatinya untuk Rabb..tapi insya Allah..akan ana aplikasikan smua ilmu yang ana pelajari dalam mentarbiah diri ana sesuai sebagai mujahidah yang kritis..insya Allah..Biiznillah..Allahuakbar!..Moge Allah kasih..(^_^)salam muhasabah bersama khususnya buat diri ana yang terlalu jauh dari kasihNya.MAsya Allah.




14 comments:

cik ah / fatihah said...

"husnu dzon"....sesuatu yg selalunya sukar utk dilakukan....kerna itulh lumrah manusia tdk senang jika ada org lebih senang darinya...akan ada sahaja benda utk dibandingkan...ttp,'ia" mnjd sesuatu yg tidak mustahhil jika kita bramal dgnnya...

terima kasih diatas perkongsiaan yg luar biasa hebat...

p/s:akan cuba semaikn sifat ini dlm diri...

ismi jannati said...

syukran3..alhamdulillah..same2 mengamalkan sebaik mungkin..

Bulan Syurga Firdausi said...

Allah sentiasa bersama dgn hambaNya yg sabarkan...ziarah awk...May Allah bless u..

ismi jannati said...

subhanallah..alhamdulillah..insya Allah..amin ya rabb..:)

Anisatul-Qalbi Bt Mohd Sofiyuddin said...

Assalamualaikum,

Mohon izin ambil mutiara di sini ye ukhti.

Semoga dunia terus membunga dari setiap kebaikan hambaNYA.

Salam ukhwah, salam mahabbah, salam mujahadah. :)

ismi jannati said...

wslm wbr..silakan...smua milik Allah..amin..salam ukhuwah fillah.

MERAH said...

Salam, setuju!tajuk simple tp sukar utk diamalkan. TAPI! tak mustahil.heheee.sama2lah kita berusaha ke arah lbh baik (:

ismi jannati said...

wslm wbt...insya Allah..barakallah..(^_^)

Hafriz Mohamad said...

dan bersangka baiklah..
bnde ni susah nk buat, tp snang ble hati kte btul2 dlm keadaan tnang..
apepun, psan ustaz2.. "jgn brenti brusaha. skali rebah, sjuta kali bangkit!"

nice pic.. Mat Luthfi~ hehe..

ismi jannati said...

betul tu..yup..jangan pernah berhenti!

a i m z said...

" ~tegur ana jika ana terleka~
~tegur ana jika ana terlupa~
~tegur ana jika ana terkhilaf~
~tegur ana jika ana terabai~
~tegur ana jika ana tersimpang~ "

i wish it...

Anonymous said...

assalamualaikum, izinkan sy ambil dan share kata mutiara awak :)

Unknown said...

Salam..ukhti...saya nk berkenalan lebihb
Rapat ngn ukhti.sy dlm proses berubah..in sha allah
Jd byk pkra yg ingin tahu scara personel..boleh kah?

Anonymous said...

geotorelxzp consolidation loan
best debt consolidation

Next previous home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Semua milik Allah 2010 hingga kiamat