Sahabat Amat Sejati :) Saya wajib follow sesiapa yg follow saya =)

di mana Dia di hatiku?

Tuesday, February 26, 2013

3 ~Sape cakap "Ustazah" Je Boleh Berdakwah?~









Assalamualaikum..


                   Saya sedikit tertarik untuk mempersoalkan sebagaiman tajuk yang diatas. Selalunya rata2, apabila sebut je perkataan "dakwah", maka secara automatiknye otak terus menjuruskan perkataan tu kepada golongan ustaz atau ustazah. dan paling hebat difokuskan  budak2 "keluaran" sekolah agama,.


Soalan Saya:

"..Apakah hanya golongan ustaz/ustazah atau budak2 keluaran agama yang layak berdakwah?"

"Para doktor,,cik abang polis, pemandu teksi, abang rock, akak jual nasi kerabu tepi jalan takleh berdakwah la?"

"Jadinye,tanggungjwab mendakwah dan berdakwah just untuk title "beragama"?

Kalaulah kamu hanya berfikir tugas berdakwah hanya untuk golongan ustaz dan ustazah maka dimane rase tanggungjawabnya kamu kepada agama?

Setiap kamu diatas muka bumi ini adalah khalifah.!


Betapa banyaknya sahabat2 kite di luar sane dengan senang lenang menyerahkan tugas kepada orang lain.

"Eh,,semua orang bley berdakwahlah!saya cakap.

Ada yang tergamam.buktinya?

SEorang doktor berdakwah pada pesakitnya agar selalu mengingatiNya.kerjakanlah solat walupun sakit kerana dalam islam ada rukhsah pasal solat.ingatkanpada pesakit,selalu bersangka baik kepada pencipta kerana setiap ujian adalah untuk menguji hambaNya yang beriman.

Seorang polis bley je berdakwah kepada orang yang ditangkap,"apkah kamu tidak gerun pada azabNYA pada qiamat nanti?

dan banyak lagi contoh yang len.ye ke tak?

Ade yang menyebut:

"Maaf,saya tak layak berdakwah pada orang.saya pun tak terdakwah.



Jap2..betulkan perpekstif diri kamu sendiri. kalimat DAKWAH bukan just tumpu untuk orang len.tapi juga untuk diri kamu sndri.

Saranan saya,jika kamu tidak mampu nak bimbing orang,,nak nasihat orang,nak ajak orang buat kebaikan,
maka berdakwahlah pada diri kamu sendiri.Jadilah seorang ustaz dan ustazah pada hati kamu.pada iman kamu.adakah itu juga cukup sukar pada kamu?Ubahlah dari segi pandanganmu.


Jangan tunggu orang datang untuk berdakwah kepada kamu.tapi kamu yangsepatutnya  memulakan sendiri perjalanan dakwah nie.

Islam bukan untuk dipermainkan. jage adab2 kamu. berbicaralah dengan berhemah. berjalanlah dengan zuhud, dengarkanlah perkara yang baik.moge kamu adalah orang yang diredhaINYA.aAmin.



MAAF!bukan golongan ustaz dan ustazah je yang boleh berdakwah! wallahualam..maaf salah silap.



~marjan jannati~




3 comments:

Zil-Ihsan said...

Assalamualaikum. Saya tertarik dengan entri awak. Satu penyampaian yang menarik dan baik sekali. Boleh izinkan saya menambah?

Mula-mula kita lihat pada kalimah 'dakwah'. Ia berpunca dari kata akar دعو (da'u) yang bermaksud menyeru/memanggil. Dan dakwah menyebut tentang "menyeru kepada kebaikan" (mengembangkan Islam). Sebagaimana Firman Allah Azzawajalla:
"Dan hendaklah di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan, dan menyuruh berbuat perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." (Surah Ali Imran 3:104)

Dan sesungguhnya dakwah tak perlukan platform seperti pentas, kumpulan atau mukabuku bagi melakukannya. Sesungguhnya dakwah Rasulullah Sallallahu'alaihiwassalam juga sering dilakukan dalam 2on2 atau kumpulan kecil. Kita lihat semua hadis, majoritinya bukanlah disampaikan ketika khutbah atau ceramah. Sebaliknya ketika baginda bersendirian dengan perawi (pendengar). Contohnya satu hadis tentang aurat, ketika baginda baginda sedang bersama Aisyah RA. Ketika Asma binti Abu Bakr (RA) tiba, baginda terus memalingkan mukanya. Lalu baginda bersabda: "Sesungguh bagi seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali ini dan ini (baginda menunjukkan pergelangan tangan dan muka)." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Maka, mengapa kita perlu tunggu satu majlis atau platform untuk berdakwah? Tak cukup ilmu? Kenapa tidak tuntut? Tuntutlah ilmu sampai liang lahad. Sesungguhnya menuntut ilmu adalah kewajipan bagi setiap mukmin. Beza antara seorang yang berilmu dan seorang abid jahil (hanya tahu beramal) adalah; seperti Nabi katakan, umpama baginda dengan orang yang paling rendah darjatnya (dikalangan abid). Yang paling penting diingati, sunnah lain jangan diengkari dalam dakwah hanya kerana mengejar satu sunnah.

Beringatlah. Agama itu adalah nasihat. Agama adalah mudah. Dan agama adalah kebaikan akhlak. Mulakan dakwahmu dengan kebaikan akhlaq

Na'udzubillah. Wallahua'lam.

Obat Tradisional Jelly Gamat said...

obat sering kencing
obat nyeri lutut
obat hepatitis anak
obat benjolan di gusi
obat nyeri lutut
obat pengering luka
obat pengering luka jahitan
obat Gejala Polip
obat stroke sebelah
obat radang amandel
obat gejala usus buntu
obat benjolan di ketiak
obat Penyakit Kanker Usus
obat Pembengkakan Lambung
obat benjolan di payudara

lina said...

Perkongsian yg menarik ya ukhti

Next previous home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Semua milik Allah 2010 hingga kiamat