Sahabat Amat Sejati :) Saya wajib follow sesiapa yg follow saya =)

di mana Dia di hatiku?

Monday, January 16, 2012

9 ~Layakkah Fatayat Bergelar Habibullah?~





Salam selembut suara Huurun Ain buatmu khas dariku buat sang mujahid,
Salam setenang pancaran wajah nabi yusuf buatmu mujahidah sejati.
Apa khabar iman?apakah semakin mantap?
Apa khabar hati?apakah semakin memancar terang?
Apa khabar nuranimu?apakah semakin teguh berdiri syariatNya?
Apa khabar ilmu?apakah semakin mendekatiNya?

Buat sahabatku,para daie penjulang agama,warkah ini ditulis dengan niat ikhlas ingin memperingatkan dan mungkin juga penyentap semangatmu yang hilang dek ribut perasaan yang melanda..ikutkan nafsu.Anda sedar atau tidak,kite adalah khalifah!?

Islam memandang manusia sebagai khalifah sesuai dengan firmanNya dalam surah Al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud :

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi”. Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”.

Renungkanlah kembali ayat tadi,tanye pada diri,apakah aku sedar?atau sekadar memandang sepi?Tampar lembut pipimu,ingatkan pada hati dan paterikan kemas dalam sanubari jika anda betul2 memahami dari ayat ini. Melaksanakan amal makruf dan nahi mungkar, tabligh, saling berpesan-pesan dengan kebenaran, kesabaran dan kasih sayang adalah antara tugas sebagai seorang khalifah Allah. Iman, amal dan ilmu pula adalah bekalnya.

Ayuh syabab,
Ayuh fatayat,
Jom kite bersatu,
Biar nafsumu membara di jalan dakwah,
Teguhkan pendirianmu,kembalikan ruh islam
Apa kamu tegar,islam dipandang keji?
Apa kamu tegar islam hilang jati?
Apa kamu tegar islam hanya pada diri?

Ayuh ikhwan
Ayuh akhwat.
Buka matamu,
Dimana kekuatanmu?apakah sudah hilang?disambar badai?
dimane pejuang yang mempertahankan islam?
Dimane orang yang saling mengingatkan tentang keindahan islam?
Kalau bukan kite,siapa?
Kalau bukan kite yang menaikkan martabat islam,siapa  lagi?
Cukuplah tenggelam dalam perasaan,
Cukuplah tenggelam dalam hiburan semata
Cukuplah tenggelam dek iman yang berkurang..

Ayuh!perkemaskan keimanan kite!kuatkan dengan pencarian ilmu agama..

Tanye pada diri kite:”apakah aku layak digelar kekasih Allah?

Masya Allah..Astaghfirullah…Allah..Allah..Allah..

~coretan dari hati kerna terlalui merindui pejuang-pejuang islam…~


9 comments:

Fara Lawi said...

Aduhai ya ukhti ana suka sekali membaca coretanmu..penuh bermakna dgn bhsa yg indah.. ^^
Teruskan berdakwah!

ismi jannati said...

alhamdulillah..syulran ye..moge Allah kasih.insya Allah.same2 berdkwah..barakallah..

AnakPakZohar said...

syukran untuk perkongsian dan peringatan ini.. terasa diri ni kerdil di sisi Allah.. masih banyak untuk diperbaiki.. Hope dapat menjadi yang lebih baik.. =)

ismi jannati said...

afwan..same2 jadi yang terbaikk..insya Allah,,biiznillah..

Bulan Syurga Firdausi said...

Allah Maha Besar :)

ismi jannati said...

:)

Bulan Syurga Firdausi said...

doa pengiring utk saudara fi falestin.....

tajnur said...

Assalamualaikum.
Sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, apakah persediaan dan risalah yang hendak disampaikan? Sebagi khalifah juga kita menyambung perjuangan para nabi sebelum Rasulullah saw iaitu usahakan bahawa bumi ini hanya diwariskan utk orang2 solih saja. Surah AlAnbiya`:105 وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ‌ مِن بَعْدِ الذِّكْرِ‌ أَنَّ الْأَرْ‌ضَ يَرِ‌ثُهَا عِبَادِيَ الصَّالِحُونَ Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh".
Daripada sinilah bermulanya kita membuat persediaan menyambung perjuangan Rasulullah saw dgn membawa `kalimah Allah` iaitu AlQuran. Dengan wujudnya kekuatan ruh dari perintah Allah (AlQuran) menghadapi pelbagi sistem yang syirik dan menjauhkan dari Allah SWT. Surah AsSyura:52 وَكَذَٰلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُ‌وحًا مِّنْ أَمْرِ‌نَا ۚ مَا كُنتَ تَدْرِ‌ي مَا الْكِتَابُ وَلَا الْإِيمَانُ وَلَـٰكِن جَعَلْنَاهُ نُورً‌ا نَّهْدِي بِهِ مَن نَّشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا ۚDan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami.
Perjuangan yang hendak dihadapi adalah jauh dan panjang tetapi memerlukan kesabaran dengan strategi yang betul mengikut AlQuran! Banyak mehnah yang akan dihadapi baik dari pihak dalam mahupun diluar. Wallahualam.

JUNDULLAH said...

...........salam ziarah..........

Next previous home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Semua milik Allah 2010 hingga kiamat