Malam
dirasakan terlalu dingin buat seorang hamba yang cuba mensucikan dosanya. Ingin
cuba menyendiri. Mencari ketenangan. Mengadu semuanya pada ” Dia”.
“Ayuh!”,bangkitlah
wahai jiwa yang dahagakan keredhaanNya. Apakah kamu ingin kalah dngan godaan
nafsu yang mengajakmu terus melelapkan matamu dan masih lagi selesa melayari
tidurmu atas tilam empuk yang suatu hari nanti akan meninggalkanmu. Hanya
debu-debu dan tanah yang kering akan menjadi tilammu nanti di alam sana nanti.
Masya Allah.jiwaku berkocak kuat. Antara iman dan nafsu bertempur hebat. Yang
mana harus aku ikuti..
Mula teringat
pada pesanan seorang murrabi. “Apakah kamu wahai pemuda-pemudi islam masih mahu
bermain mimpi yang indah sedangkan saudaramu disana berperang hebat dengan
musuh islam. Sentiasa berjaga-jaga.Menguatkan semangat dengan berqiamulai. Mengeratkan
ukhuwah dan bersatu hanya dengan berbekalkan keyakinan pada DIA!tapi kamu? Masih
lagi dalam khayalan. Terhimpit dengan suasana
manusia akhir zaman. Tergoda dek hasutan.bermain nafsu! Selalu mengikuti
kata hati. Tapi kata iman? Apakah kamu lupa yang kite masih punyai perjalanan
yang sangat jauh lagi. Harapan kte SYURGA.destinasi kite akhirat! Masya Allah.
Setiap kali teringat pesanan dari murabbi,datang satu perasaan lain pada diriku.ye!
Aku harus berubah.destinasi kite syurga. Lawan perasaan.! Itu tekadku.
Waktu setia
berdetik. Menandakan patuh pada Dia. Aku terus khusyuk dalam sujudku. Situ,tiada
yang lain. Selain aku dan DIa..yang selalu mendengar rintihanku. Mendengar
tangisanku. Mendengar permintaan hambanNya. Kerna Dia yang tahu.apa yang ada
dalam hatiku.
Assalamualaikum
warahmatullah…bismillahirrahmanirrahim..Aku mula menadah doa usai berzikir..Sekali
lagi pipiku dibasahi manik-manik jernih.Entah apa yang melandaku.mudah aje
menangis.Itulah hebatnya Dia.
Aku berdoa,”Ya
Allah,tetapkanlah hatiku.jangan kau pisahkan aku dengan Engkau.biarlah aku kehilangan
orang lain tapi janganlah aku kehilangan Engkau.”
P/S: Janganlah
mencari Dia kerna kamu inginkan jawapan darinya. Tapi.carilah Dia kerna Dialah
jawapan segalanya untuk kamu..UHIBBUKA YA RABB..
8 comments:
entry anda membuatkan sy terfikir sejenak akan kekhilafan sy..terima kasih..
#suka wanita berpakaian purdah
Salam'alaik...
Terbentang dihadapan mata antara dua kenikmatan namun cenderung kepada keseronokan melayan jiwa kemanusiaan
Setiap diksi menjadi hiburan
yang hakikatnya adalah kebinasaan.
Duhai manusia:(
apapun, syukran dik..nice entry
p/s: rindu blog ni :)
woofer:same2 berubah kearah yang baik..:)
ukhty:syukran kullu hal..rindu pada akak yang jauh di mata.tapi sentiase ade doa mengiringimu.insya Allah..
Assalamualaikum wbt
Rasulullah saw pernah rasa sedih dan merindui negeri kelahirannya iaitu Mekah. Apabila berlaku tekanan kuat dari pihak kafir Quraisy dan perintah Allah SWT supaya berhijrah dlm usaha mendapatkan daulah. Maka turunlah ayat ini, Surah AlQasas:85 إِنَّ الَّذِي فَرَضَ عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لَرَادُّكَ إِلَىٰ مَعَادٍ Sesungguhnya Allah yang mewajibkan kepadamu (beramal dan menyampaikan) Al-Quran (wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan engkau lagi kepada apa yang engkau ingini dan cintai.
Denga mentadabbur AlQuran dan dapat membina kekuatan, maka dlam 10 Ramadhan tahun 8 Hijrah, maka berlakunya penawanan Kota Mekah. Kesimpulannya, InsyaAllah jika kita mentadabbur AlQuran, maka Allah SWT akan mengembalikan cita2 kita. Wallahualam.
belajar rajin2...:)
aku rindu padamu jannti
jannti lamah aku mencari dimanakau berada namun tak ketemu jannti kerinduanku
Post a Comment