Sahabat Amat Sejati :) Saya wajib follow sesiapa yg follow saya =)

di mana Dia di hatiku?

Showing posts with label taqwa. Show all posts
Showing posts with label taqwa. Show all posts

Monday, January 16, 2012

9 ~Layakkah Fatayat Bergelar Habibullah?~





Salam selembut suara Huurun Ain buatmu khas dariku buat sang mujahid,
Salam setenang pancaran wajah nabi yusuf buatmu mujahidah sejati.
Apa khabar iman?apakah semakin mantap?
Apa khabar hati?apakah semakin memancar terang?
Apa khabar nuranimu?apakah semakin teguh berdiri syariatNya?
Apa khabar ilmu?apakah semakin mendekatiNya?

Buat sahabatku,para daie penjulang agama,warkah ini ditulis dengan niat ikhlas ingin memperingatkan dan mungkin juga penyentap semangatmu yang hilang dek ribut perasaan yang melanda..ikutkan nafsu.Anda sedar atau tidak,kite adalah khalifah!?

Islam memandang manusia sebagai khalifah sesuai dengan firmanNya dalam surah Al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud :

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi”. Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”.

Renungkanlah kembali ayat tadi,tanye pada diri,apakah aku sedar?atau sekadar memandang sepi?Tampar lembut pipimu,ingatkan pada hati dan paterikan kemas dalam sanubari jika anda betul2 memahami dari ayat ini. Melaksanakan amal makruf dan nahi mungkar, tabligh, saling berpesan-pesan dengan kebenaran, kesabaran dan kasih sayang adalah antara tugas sebagai seorang khalifah Allah. Iman, amal dan ilmu pula adalah bekalnya.

Ayuh syabab,
Ayuh fatayat,
Jom kite bersatu,
Biar nafsumu membara di jalan dakwah,
Teguhkan pendirianmu,kembalikan ruh islam
Apa kamu tegar,islam dipandang keji?
Apa kamu tegar islam hilang jati?
Apa kamu tegar islam hanya pada diri?

Ayuh ikhwan
Ayuh akhwat.
Buka matamu,
Dimana kekuatanmu?apakah sudah hilang?disambar badai?
dimane pejuang yang mempertahankan islam?
Dimane orang yang saling mengingatkan tentang keindahan islam?
Kalau bukan kite,siapa?
Kalau bukan kite yang menaikkan martabat islam,siapa  lagi?
Cukuplah tenggelam dalam perasaan,
Cukuplah tenggelam dalam hiburan semata
Cukuplah tenggelam dek iman yang berkurang..

Ayuh!perkemaskan keimanan kite!kuatkan dengan pencarian ilmu agama..

Tanye pada diri kite:”apakah aku layak digelar kekasih Allah?

Masya Allah..Astaghfirullah…Allah..Allah..Allah..

~coretan dari hati kerna terlalui merindui pejuang-pejuang islam…~


Wednesday, November 3, 2010

23 Alahai Exam..



(klik utk tumbesaran gambar)

Assalamualaikum wbt.

Ini adalah entri untuk kawan-kawan yang akan hadapi peperiksaan tidak kiralah SPM ke STPM ke atau peperiksaan di peringkat universiti dan kolej. Ini bukan artikel copy-paste. Ambil masa 2 jam untuk siapkan artikel ini. Maaf, artikel yang penulis siapkan ni panjang sikit. Mulanya publish terus je kat blog ni, tapi panjang la pula. So better kamu download dulu, baca kemudian di laptop/pc masing2 tu lagi selesa kot. huhu

Download dan bacalah, mungkin berguna ;)

p/s: Oh ye..time exam adalah time yang paling lena tidur kan? Betul tak? =p Kat mana-mana pun boleh tertidur. Tapi kalau bukan time exam, sampai pagi pun boleh buat benda-benda tak berfaedah. Takde ngantuk2 pun..huhu..betul tak? Ada cerita2 best n kelakar yg tak boleh dilupakan time exam tak? Jom kongsi kat sini! 

Friday, October 15, 2010

9 Saya Tidak Takut Allah...



(klik utk besarkan gambar, hnya tdpt di blog ini)

"Saya tidak takut Allah.. kerana saya sering berbuat maksiat dan tetap melakukan dosa setiap hari." - para muslimin dan muslimat yang lalai

Assalamualaikum wbt..

Firman Allah dalam Surah Al-Anfal: 
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah." 
(  سورة الأنفال  , Al-Anfal, Chapter #8, Verse #2)

Penulis suka untuk huraikan secara ringkas ayat ini bahawasanya hanya orang-orang yang benar-benar bertaqwa kepada Allah pasti hatinya akan berasa takut dan gentar walaupun hanya dengan disebut nama Allah kepadanya. Jika hanya dengan dengar nama sahaja dah takut, apatah lagi untuk berbuat salah dan dosa terhadap Allah. Banyak benda yang kita buat, kita tidak fikir Allah sentiasa melihat setiap perbuatan kita dengan Raqib dan 'Atid-Nya laju mencatat setiap amal perbuatan kita. Bukan untuk berkata sesuatu yang buruk pada pembaca sekalian, tetapi untuk memperingatkan penulis sendiri. 

Sediakan Payung Di Dunia Demi Payung Arasy di Mahsyar

Penulis tahu, kita semua dah biasa sangat mendengar ceramah-ceramah dan tazkirah-tazkirah yang kita rasa kadang-kadang selalu membosankan. Malas betul nak dengar tazkirah. Apatah lagi nak berdakwah. Tak kurang juga ramai yang pandai berdakwah, tapi tak pandai nak amal. Penulis pun lebih kurang sahajalah. 

 Rasulullah pernah bersabda yang menceritakan tentang keadaan ahli-ahli maksiat di Padang Mahsyar kelak; ada yang ada yg berjalan dgn perutnya dan ada pula yg berdiri dgn mukanya terbalik ke bawah dan kakinya di atas, wali'yazubillah ( moga Allah hindarkan ). Kalau kita fikir-fikir, kerana kita tidak takut kepada Allah lah kita diseksa dan dimalukan sebegini rupa di akhirat. Ini belum lagi seksaan-seksaan neraka yang tak terhingga lagi azabnya. Semua kita tahu, semua orang tahu, semua kita tanak susah, tanak azab neraka, tanak berada di tengah panas apatah lagi di Padang Allah dengan matahari yang dekatnya dikatakan sejengkal dengan ubun-ubun kepala! MasyaAllah!

Jadi, kenapa kita masih tidak mahu sediakan payung amalan pahala di dunia banyak-banyak? Kita ni kalau kena hujan pun dah nak selesema, demam. Inikan pula dibiarkan beratus tahun di bawah terik mentari di akhirat? Tunggu apa lagi, ahsanuuuuuuuu ( berbuat kebaikanlah kamu semua )! Innallaha Yuhibbul Muhsinin..

Penulis tegaskan sekali lagi, 
sediakan payung masing-masing cepat-cepat. Makin besar payung, makin selamat. Penulis maksudkan di dunia dan akhiratlah.

Wallahua'lam. Wa'alaikumussalam.

Saturday, October 9, 2010

8 Mendaki Gunung Taqwa



(klik utk besarkan gambar, hnya di blog ini..zulumat = kegelapan)

Assalamualaikum wbt..

Penulis dalam ruang masa yang terhad cuba untuk mencoretkan juga sedikit catatan di blog haqir hina ini. 
Kita sebagai umat Islam yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasulullah sepatutnya setiap hari penulis sarankan supaya mendaki gunung taqwa.  Jika dilihat pada illustrasi di atas, bayangkan pendaki itu adalah kamu - membawa beg amalan soleh, beg solat dan sabar..kemudian bersungguh-sungguh dengan sedaya upaya berjuang keluar dari kegelapan dosa, kelazatan dunia..fuhh..berbahasa kiasan sungguh penulis kan? huhu..
Pandai-pandailah sendiri kamu bayangkan bagaimana kamu nak mencapai puncak taqwa =)
Jangan bayangkan sahaja, berusaha! Chaiyok! Aja2 fighting!

Wassalam


previous home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Semua milik Allah 2010 hingga kiamat