Sahabat Amat Sejati :) Saya wajib follow sesiapa yg follow saya =)

huurun aini jannati

di mana Dia di hatiku?

Sunday, May 18, 2014

8 Cerpen: Aku Pun Ingin SYURGA!







Aku menghela nafas. Letih terasa. Pandanganku tertatap tepat pada seorang bayi yang didukung oleh ibunya. Kelihatan sepasang suami isteri itu tidak putus-putus mengucup muka bayinya. Aku cemburu.

Lantas ingatan demi ingatan belayar di minda.

Pang..

Mukaku yang mulus ditampar kuat oleh ayahku sendiri. Telingaku berdesing  seketika.  Sebenarnya aku turut terkejut dengan perlakuanku. Tanganku pantas memegang di pipi. Menahan sebak.

Kelihatan umi menangis disisi ayah, cuba menghalang  sekali lagi jika tangan yang kasar itu hinggap pula pada pipiku. Muka ayah merah. Bengis sekali. Umi menangis tak henti-henti.

Echah.. masuk bilik!

Aku terdengar bicara umi yang masih lagi serak-serak dengan tangisan.Entah kenapa air mataku langsung tidak menitik. Keraskah jiwaku? Allah.

Mata ayah yang tajam seakan menerkam dalam jiwaku.

“ayah tak ajar anak ayah biadap dengan ibubapa sendiri!

Seminggu lepas itu, aku keluar rumah. Mengambil keputusan menetap di asrama sekolah.

 Masih terngiang-ngiang di cuping telingaku Suara ayah ibarat halilintar meruntuhkan tembok  sukmaku. Akhirnya, aku tewas jua dengan egoku.Tanpa sedar, air panas mengalir laju.

 Yup. Aku menangis.  Sayangnya bukan di depan ibubapaku dengan penuh kemaafan.

Tersedar dari lamunan, aku bingkas bangun dari tempat tersebut berlalu dengan satu senyuman sinis memerhatikan sebentar tadi gelagat sepasang suami isteri itu bersama anaknya.

“kalaulah aku bayi itu, dicium dengan penuh  kasih sayang.. Arghh. Aku cemburu!”. Bentak hatiku.





Hari itu hujung minggu, para pelajar asrama dapat keluar. Maka aku dengan ekin, kawanku yang cukup kental  mengambil keputusan pergi ke bandar. Lepak-lepak macam biasa. Seperti biasa, kami yang terkenal dengan jolokan perosak rakan sebaya  keluar dengan berpakaian biasa. Berseluar ketat ala-ala fit,tudung cukup-cukup untuk tutup atas dada, dan bertshirt lengan panjang. Langsung tak menghiraukan jelingan kawan-kawan yang sekolah agama dengan kami. Berbuih-buih dah rakan yang agak warak menasihatkan, berapa kali juga naik turun bilik  disiplin, tapi itu langsung tak berjaya merubah apapun sikap kami. Semakin benci adalah.

Hahaha.

Kawanku, ekin menepuk belakangku dengan gelak ketawa.

Hey bro, pikirin siapa sih. Kongsi dong.. pingin tau neh.
.
Ekin cuba bergurau. Mungkin pelik melihat keadaan kawannya yang tomboy dan hati keras macam batu termenung jauh.Aku berpaling seketika sambil mataku menghalakan pada pemandangan di sekitar tempat makan tingkat atas megamall. Ralit memerhatikan macam-macam ragam manusia.

Ada yang berpegang tangan, menggedik sana sini, hilaian ketawa dan ada juga yang muram durjana. Kadang-kadang letih juga memerhatikan orang. Hatiku berbisik. Tanpa sedar, datang suatu perasaan yang aku sendiri tidak ketahui. Halus. Menembak jiwaku.

Agak-agak, kita dapat masuk syurga tak?

 Aku bertanya kepada ekin yang baru sahaja duduk di sisiku.

Ekin terpana. Muka terpinga-pinga.

Aku tunduk sambil menguis-nguis makanan atas pingganku. Sekadar menyentuh.

Kau rasa, aku dapat tak masuk syurga?

Ekin tunduk. Langsung tak menjawab.

Aku angkat muka memandang matanya.

Ekin, kau bahagia tak dengan hidup begini? Aku rasa, macam entah. Aku tak pernah bahagia. Sebenarnya aku nak sangat jadi orang baik. Kau tahu, aku cemburu sebenarnya kat kawan-kawan sekolah kita. Semuanya ikut peraturan sekolah, yang lebih penting ikut peraturan Tuhan kalau bab pakaian ke apa. Entahlah. Aku bingung. Aku menghela nafas seketika.

Suasana sunyi. Walupun ketika itu di food court, keadaan terasa hanya ada aku dengan ekin. Suaraku dengan suara dia. Dunia kami.

Aku menyambung kembali bicaraku.

“tapi entah, kekadang aku rasalah juga macam tak adil juga, orang baik just kawan dengan golongan baik je, aku? Aku yang jahat ni?, takde pun orang nak ajak aku ikut ceramah sekali dengan mereka. Takde pulak setiap kali mereka buat usrah sesame dengan mereka, berzikir atau membaca al-quran secara berjemaah pelawa aku.?Geng dia, geng baik je boleh ikut.Aku terfikir, mungkin orang baik ni just ajak kawan dia yang baik je kot masuk syurga. Aku nak jugak. Kau perhati tak, bila ada je ceramah apa, geng dia just jemput yang baik-baik yang solehah yang bertudung labuh je join. Aku? Haha. Mungkin ceramah ni sesuai untuk mereka yang dah solehah kot.

Aku tak pernah rasa uslub dakwah yang mereka banggakan sangat tu. Mereka fikir, dakwah-dakwah. Aku pun sekolah agama jugaklah. Tahu jugak. Tapi kebanyakan yang selama ni duk cakap pasal kita, mengata kita dari belakang. Cop kita budak jahat begitu dan begini kononnya atas dasar dakwah , aku tak Nampak sebenarnya usaha mereka dalam mengajak kita. Aku rase mereka banyak menngherdik dengan hinaan dalam masa sama mengajak kearah kebaikan. Heh. Boleh ke gitu. Entah. Aku bingung.

Aku tunduk kembali. Sebak.

Ekin terkejut mendengar luahanku,

Aku dah lama rasa begitu echah. Aku pun nak berubah.  Ada sekali aku terkeluar kat mana ceramah atau program keagamaan  diadakan, siyes…! Mereka pandang aku macam alien. Jawab pun macam tak nak jawab. Entahlah. Aku down lah jugak. Aku rasa tak pernah pula setiap kali mereka mengajakku dengan baik aku  herdik atau perli. Setakat nie, semua ajak-ajak ayam. Ahhh.. bukan ajak pun, mereka sindir dan jelling. Terus aku benci dan sampai sekarang aku diam. Sebab tu aku ikut kata hati aku sendiri. Aku nak buat, ok buatlah. Semua yang ada depan aku ni tahu nak marah je. Takde pulak yang datang nasihat elok-elok, hulur tangan apa. Aku bukan nak tagih simpati apa. Cukup keikhlasan mereka ajak aku jugak. Aku pun nak jadi macam mereka. Kelihatan mata ekin merah. Segera dia menghirup minuman. Menghilangkan seketika gersang di dada.

Aku rasa kita pun ada salah juga sebenarnya. Kita just tunggu orang nak pimpin tangan kita, tapi kita sendiri tak nak bangun bawa diri kita dan pimpin yang lain bersama kita ke syurga. Tuturku lemah.

Ekin tersentak.

Aku rasa, betul juga kata kau tu. Kita ni banyak salahkan orang. Banyak wat benda yang Tuhan marah. Kita rasa berdosa. Kita tahu benda tu salah. Tapi kita teruskan juga. Kita dengar ustaz-ustazah ceramah dan pesan tapi kita ego. Kita tak nak dengar. Kita pikir tentang nafsu sendiri ja. Kita buta dengan tingkah laku kita sendiri! Suara ekin serak-serak menahan rasa.

Aku pun fikir macam tu.

Ekin..  jom kita berubah. Kita tahu kita tak layak untuk syurga.  Tapi satu je, kita takut dengan neraka. aku sendiri tak tahu nasib aku bagaimana nanti. Aku dengan cerita aku. Kau dengan kisah tersendiri kau. Tapi bagaimana jika kita lakar cerita kita sendiri. Kita letak pada Dia nilai bagaimana kita kejar redhaNya. Nak? Ekin.. aku sayang kau. Aku nak kita dan orang lain turut masuk syurga. Biarlah orang nak nilai kita apa pun, asalkan nama kita terlakar pada atas sana sebagai orang yang masuk syurga.  Aku tunjuk jariku ke atas sambil tersenyum bahagia. Puas dapat meluahkan apa yang terpendam.

Ekin senyum. Jom kita jadi baik pula. Aku nak jugak masuk syurga! First sekali, aku nak mintak maaf kat kedua ibubapaku. Aku banyak wat silap . aku derhaka. Aku nak jadi anak yang soleh. Kau tahu, aku ada terdengar lagu fynn jamal yang tajuk arjuna beta dan biar. Sayu sangat. Aku nak mintak maaf sebelum terlambat. Nah, kau dengar ye nanti, ekin menghulurkan telefonnya untuk dibluetooth.



Kami pulang dengan satu harapan.

Harapan untuk berubah. Hari itu aku pulang dengan menghadiahkan satu kucupan di dahi umi dan menyalami tangan ayahku. Aku menangis dengan esak yang sebak. Sudah tidak memperdulikan egoku. Misiku nak masuk syurga.

Ummi. Ayah..
Biar anakmu pimpin juga menuju ke syurga.
Doakan anakmu menjadi solehah.

Aku tutup al-quran setelah membaca satu ayat yang cukup buat aku terduduk menghayati.

“Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum hingga mereka sendiri yang mengubahnya”-ar-ra’du(11)

Fikiranku melayang sambil telingaku dilekapkan earfon. Lagu dadali-aku tak pantas di sorga berkumandang. Menutup mata dengan bahagia. Esok, moge lebih baik dari hari ini.

Nurjannati
p.mas,Kelantan



Thursday, May 15, 2014

2 Cerpen Pendek: Dia Sudah Bergelar "ZAUJ"







Syukriah berpaling perlahan. Sambil tangannya mencari sesuatu di bawah bantalnya. Mencapai telefon bimbitnya.

Pantas tangannya menekan punat telefon. Inbox mesej dibuka.

“moge Allah selalu menjagaimu mujahidahku”.

Allah.
Syukriah gembira tidak terkata.
Serta merta semangatnya kembali pulih. Zupp. Macam elektrik. Merah pipinya. Malu sendiri. Entah kenapa. Rasa terawang-awang dengan perasaan begitu.

Walaupun tak pernah pun bertemu,
Tak pernah pula berbicara.
Tapi entah kenapa  hatinya mudah saja terpikat dengan si dia.
Si dia?
Semestinya ada ciri-ciri agama. Kerana itulah, hatinya terlalu mudah ditawan oleh lelaki itu.
Syukriah sedar dirinya tak seberapa. Bukanlah dari kalangan yang terlalu alim. Cuma dia cuba. Untuk menjadi yang solehah. Sukar tapi tak mustahil kan.?

Mesej pendek itu dibaca berulang kali.
Sungguh. Dia rindu pada ayat2 dari si dia.

Tak diakui.
Memang lelaki itu terlalu menjaga batas.
Bertanya khabar langsung tidak.

3 bulan sekali barulah ada pesanan dari dia. Tu pun sekadar doa untuk dirinya. Kekadang, syukriah cukup terasa juga. Apakah langsung tidak ingin mengetahui khabarnya? Tapi segera ditepis dengan istighfar.

Dia mengaji agama. Kita pun mengaji agama. Kena jaga semua tu syukriah. Kita bawa imej islam. Sabar ye. Kita kan nak cinta lepas nikah.  Syukriah segera memujuk hatinya yang lara. Kekadang melayang juga perasaanya. Sungguh dia rindu. Allah. Sampaikanlah rinduku.

 Selalu itulah bait2 apabila rindu datang tak terundang. Nak mengharapkan syukriah bertanya khabar dulu. Sungguh. Dia malu. Dia tahu dia seorang perempuan. Mana mungkin dia memulakan bicara dahulu.

Perkenalan dengan si dia sebenarnya bermula dengan secara tidak sengaja. Sungguh tidak dijangka. Dia pandang sekilas lalu menyatakan rasa kenannya pada syukriah.

Setelah sama-sama istikharah.  Dia berjanji lepas je habis belajar, akan segera masuk meminang.Maka begitulah keadaan mereka.

Syukriah sekadar menanti khabar. Sambil mempersiapkan dirinya.
Tidak peduli dengan risikan yang lain.
Hatinya sudah setia pada yang satu.


2tahun selepas itu.

Syukriah baru kembali dari program yang dianjurkan kolejnya. Dengan mata yang cukup letih, tertiba telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk.

Tiba-tiba hatinya kuat berdetak kencang. Sudah lama benar nama pengirim itu tidak menjengah ke dalam inbox hpnya. Seingat dia, mesej yang terakhir adalah 5 bulan lepas. Allah. Cukup lama menunggu.hatinya riang sambil perlahan-lahan matanya tertumpu pada mesej tersebut.

“MAAf. Ana tak layak buat ustazah. Minta maaf. Moge Allah kasih”.

Yup,
Hanya sepotong ayat itu je yang ditulis.
Syukriah menekup mulutnya. Menangis . deras air  matanya mengalir. Syukriah merebahkan badannya atas katil.

Ya Allah, ujian apakah ini?

Berulang kali mesej itu dibaca.

Bengkak mata syukriah menangis. Kepalanya terasa pening.  cukup sedih. Pilu. Semuanya bercampur. Allah.. hanya Allah yang tahu bagaimana robeknya hati dia. Berkecai impian .punah. benda yang diangankan . bahagia kembali pudar. Jatuh hancur. habis benda difikirnya. Sampailah akhirnya dia tertidur. Dengan tangisan yang tidak berlagu.

Seminggu berlalu

.
Keadaannya cukup tidak menentu. Makan pun tak lalu. Pengajiannya langsung tak terfokus. Sungguh. Macam orang kehilangan anak. Hanya tahu menangis. Menangis. Menangis.

Puas kawan-kawannya memujuk. Setiap yang patah pasti tumbuh pengganti. Syukriah hanya mampu mengiyakan. Lelah rasanya. Berat jiwanya. Entah apa yang salah dari pihaknya. Ingin bertanya kembali, tapi dia lemah. Adakah dia ingin menagih lagi kepada orang yang tak sudi. Dia jua ada maruah. Takkan sesekali menampakkan dia terdesak.

Dia bersujud lama. Merintih padaNya. Hanyut dalam luahan seorang hamba. Berdoa dengan penuh sayu. Setiap perkara yang berlaku ada hikmah. Allah. Pegang hatiku,syukriah menangis sebak. “aku yakin pada takdirMu. Jika Dia bukan untukkku, jauhkanlah aku dari memikirkannya, berilah pendamping yang soleh untukku.  Amin.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah berbulan-bulan bermain dengan emosi yang cukup mencabar dirinya, kini syukriah kembali kuat.

“kawan, hidup ini harus selalu tersenyum.

Bukan semua yang kita rancang,

Kita impi,

Kita nak

Kita dapat.

Kadangkala, benda yang tak jadi tu mungkin sebenarnya ada kebaikan pada diri kita.


Dan hari ini,

 matanya kembali berair.

 Terasa panas pipinya apabila air mata mengalir dengan laju. Syukriah segera mengelap.

Alhamdulillah. Mungkin ini yang terbaik.

Dia menutup laptopnya.

Tersenyum melihat si dia yang sudah pun bergelar zauj orang lain.
   


Barakallah ustaz. Moge Allah kasih. Bisik hatinya.


Syukriah segera berlalu menghampar sejadah. Menangis kesyukuran.berdoa dengan penuh rasa kerdil.
Ya Rabb, gantikanlah dengan yang lebih baik. Amin..



nurjannati(syurgaku)
p.mas kelantan
15.05.14


Friday, December 27, 2013

2 Kerna Aku "HAWA"




                     



    Assalamualaikum, moge sahabat dan semua yang berusaha menempatkan dirinya dalam golongan yang paling diredhaiNya tetap thabat dan utuh atas jalanNya.


lame tak mencoret tinta, melakar secebis kalam yang mampu mengegetarkan nuranimu dan hatiku itu sukar. bukan mudah untuk tembusi dan membuatkan imanmu tersentap.

berapa ramai insan yang asyik mengarang, tapi semuanya hanyalah sia2. Allah, mohon Allah pegang hatiku. untuk terus bertinta. demi dakwah kamu dan untukku.

biarkan langit bergema nama kita. biarkan angin lembut menyapa tanda salam Dia buat kita.

cukup muqaddimah di situ untuk aku menafsirkan segalanya. kekangan masa dan mood yang seringkali aku berjuang untuk "menghiasi" blog atau medan dakwahku yang sudah lama terbiar. Allah, ampuni daku :'(

aku nukilkan di sini, satu puisi atau keluhan rasa seorang hawa. hayati :)




hawa sejati,
takkan pernah kalah dengan pujukan lelaki.
terangsang dengan fesyen terkini,
sampai sanggup menayang body.

sang hawa,
tersenyum tatkala tiada yang memahami,
menapak walau mehnah menguji,
tetap teguh walau dilanda badai

hawa itu,
terlalu sukar untuk dedefinisikan,
kerna terlalu banyak keistimewaan,
apakah kamu tak ingin jadi yang berharga?
apa kamu ingin digelar hawa tapi mudah diperolehi?
mana malumu?

dan kerna kita hawa,
kita perlukan seorang adam,
untuk bantu kita,
pertahankan maruah kita,
saling berjuang untuk ke medan jihad.

jika kamu terasa kamu seorang hawa yang terlalu mahal,
siapkan dirimu dengan sifat Qanaah dan mukminah.
bukan dengan gambar2 solehah comei palsu!


hawa. hargai dirimu. Adam, bantu jua kaum hawa dengan menasihati mereka. :)


Ya Rabbi, kurniakan kami pasangan yang soleh dan solehah dan jua zuriat para pejuang untukMu. AMin.


Sunday, September 8, 2013

6 "Bukan Milik Kita"






Angin datang menyapa lembut pipiku,Alhamdulillah,aku masih lagi diuji.

seketika,aku teringat pada peristiwa yang lalu,cukup buat aku tersedar, yA Rabb.lemahnya aku.Menangis dan terus menangis.

"Arghh..cuba matang jannati." bicara hatiku.

"tapi,aku baru umur 19! muda agy tuuu.. ermm..nafsu terus memujuk.cuba memenangkan emosi.:!

imbas kembali.,.......
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Umi,,lepas SPM,jannati hajat nak masuk DQ..nak melaksanakan impian yang tertangguh.nak hafaz quran macam kawan2 yang lain.(beruntungnye sape yang dah sekolah tahfiz sains mase menengah..time tu kewangan tak mencukupi.:)

umi sekadar tersenyum.

tapi,,aku masih lagi tak berpeluang.mungkin rezekiku bukan kat DQ..kerna aku harus ambik STAM..yup..exam penting dalam tradisi keluarga.

aku tersenyum.yup.pahit untuk menelan.hatiku berkira2..nak sngat dah menjejak impian hafaz quran.siyes,rase tak nak dah ambik cadangan untuk STAM,tapi memandangkan keputusan  family,,aku turutkan jua..

time ambik STAM,,memang aku cukup2 berterima kasih pada shabat2 yang selalu bagi sokongan semangat.dan aku bersyukur kerna time tu cam ade someone yang selalu mendoakanku..yup..dialah semangatku.lepas Allah,,Rasulullah dan keluarga. <3

lepas STAM,,alhamdulillah..walaupun tak dapat full mumtaz,,(exam dalam wad time tu..hehe.pengalaman betol. :P ) masih lagi dapat pangkat MUMTAZ. :)

impianku satu..MESIR....! tunggu aku datang. hatiku berbisik kembali.!

Ya Rabb,,Kamu tahu,,aku terlalu merindukan mesir. aku selalu impikan sebagaimana ustaz dan ustazahku bercerita betapa banyaknya ilmu di sana.yer...BUmi Anbia'. Al-Azhar..seindah namanya,,sehebat bicara teduhan ilmu ulamak-ulamak.teringin aku terbang bersama dengan yang lain untuk mengambil secebis intan permata ilmu.. :')


tapi ditakdirkan, aku masih tidak berpeluang. mungkin bukan rezekiku di mesir..aku,lagi memujuk hati..yup..sekali lagi memujuk hati.!

tanpa menunggu keputusan universiti,,aku telah dipilih untuk masuk ke KIAS. :)

tersenyum.

suatu hari,,aku mendapat pengkhabaran. Alhamdulillah..aku dapat UIA! huhu..siyes aku menangis gembira.dalam hati,,Allah je tahu..(universiti yang aku angankan dulu menawarkan aku tempat dalam pengajiannya kat sane.Allahurabbi. :D)

Aku berdoa.

berharap,,moge aku diberi peluang dan disanalah rezeki aku. tempat yang boleh membahagiakan aku.Bahagiakah? :)

Namun,,Allah masih lagi menyayangi aku. Dia nak tahu tahap mana pergantungan hambanya pada DIa.



wahai Hati,

DIa nak tahu kesabaran kita.

Dia nak tahu usaha kesungguhan tulusnya berdoa pada Dia.

DIa rindukan rintihan kita,

Dia ingin bagi syurga yang terindah pada kita.

maka,bersabarlah SAyang.

Kamu ingin syurga kan? betapa banyak orang yang sanggup mati kerana memburu cintaNya,,takkan dengan ujian yang selemah nie kamu dah melatah?

Allahurabbi.Astaghfirullah.kuatkan hamba ya Rabb.



yup..aku masih di sini. dalam satu tempat pengajian di KIAS.

dan aku berharap hikmahnya tersembunyi di sini.

aku sedikit terhibur,dengan kalam bicara ketua HEP KIAS,

"jangan kamu sangka bangunan yang buruk ini tidak berpenghuni,
jangan kamu remehkan kebolehahan para pengajar dalam memartabatkan ilmu agama,
jangan kamu pandang rendah pada sistem pentadbiran yang lemah,
jangan kamu ingat institusi ini biasa."

sebenarnya,,di dalamnya ada sejuta mutiara..raihlah..kejarlah.kamu akan menjadi orang yang luar biasa.kerna kamu yang cipta bahagia itu.bukan bangunan yang mencipta kebahagiaan pada  kamu.!"

Alhamdulillah..tersentap..


aku yang harus mencipta sesuatu. jangan tunggu sesuatu yang istimewa.tapi aku yang harus menjadikan apa yang di depanku sekarang sesuatu yang istimewa. Terima kasih ya Allah. pandulah aku dengan redhaMu.jadikan aku pelajar hebat.! Insya Allah.. <3

p/s:kadang2 Allah tak bagi benda yang kita suka,,kerna Dia thu ape yang terbaik buat kita. yakinlah..berdoalah.husnu dzhonlah.. semua perancangannya adalah yang terbaik! :)

Thursday, April 25, 2013

1 Takkan Mampu Jadi Ibu Kepada Anakmu JIKA..?









Assalamualaikum...


ape khabar iman..Alhamdulillah..tibe2 ade sesuatu perasaan yang cukup kuat menggerakkan fikrah nie mngeluarkan ape yang dirasa.siyesla.takkan sape yang boleh menduga apa yang dirase tapi diri nie dan Allah mngetahui.. :)


entry terbaru sesuai dengan tajuk di atas.

jap..sebelum tu bukan nak berjiwang..tapi memang kenyataan .:)


wallahualam..

===========================================================



dear syabab.


ana takkan pernah layak jadi ibu kepada anakmu jika,engkau lebih melihat kepada "kekiutan" para perempuan di luar sane yang menjadi pujaan ribuan lelaki setelah videonya dimuat turun..



kerna ana hanya mampu jadi ibu kepada anakmu untuk menasihati kepada anak2 agar sentiasa mensyukuri anugerah kecantikan yang diberikan dan jangan sesekali takbur.


dear syabab,

ana takkan pernah mampu jadi ibu kepada anakmu jika engkau lebih suka melihat perempuan yang berpakaian seksi dan mampu meruntun imanmu.


kerna ana hanya mampu jadi ibu kepada anakmu dengan mengajarnya supaya berpakaian menutup aurat dan menjaga maruah.kerna seksiku,,kecantikanku hanya mampu dilihat just pada yang berhak. :)


dear syabab,

ana takkan pernah mampu jadi ibu kepada anakmu jika engkau lebih menilai kelebihan kekayaan, kecantikkan dan sengkatannya..


kerna ana hanya mampu jadi ibu kepada anakmu mendidik anakmu menjadi sesolehah yang mungkin kerna,, perenpuan yang elok untuk dijadikan isteri dipilih berdasarkan agamanya.. :)


dear syabab,

ana takkan pernah mampu menjadi ibu kepada anakmu,jika engkau memuja suara2 merdu yang mendendangkan lagu2 kejiwangan dan yang mampu membuat kamu asyik sngat mendengarnya.


kerna ana hanya mampu jadi ibu kepada anakmu,dan menggunakan suaraku hanyalah untuk mengajar mereka membaca al-Quran dan membetulkan bacaan kalamNya.


dear syabab,

ana takkan mampu jadi isteri atau ibu kepada anakmu jika engkau hanya memnadangku dari sisi nafsu dan keseronokan bersama just di dunia.


kerna ana hanya mampu jadi isteri dan ibu kepada anakmu jika engkau benar2 mencintaiku dan bersedia membimbingku sampai syurga. <3



Asif salah silap.



+MArjan Jannati+






Tuesday, February 26, 2013

2 ~Sape cakap "Ustazah" Je Boleh Berdakwah?~









Assalamualaikum..


                   Saya sedikit tertarik untuk mempersoalkan sebagaiman tajuk yang diatas. Selalunya rata2, apabila sebut je perkataan "dakwah", maka secara automatiknye otak terus menjuruskan perkataan tu kepada golongan ustaz atau ustazah. dan paling hebat difokuskan  budak2 "keluaran" sekolah agama,.


Soalan Saya:

"..Apakah hanya golongan ustaz/ustazah atau budak2 keluaran agama yang layak berdakwah?"

"Para doktor,,cik abang polis, pemandu teksi, abang rock, akak jual nasi kerabu tepi jalan takleh berdakwah la?"

"Jadinye,tanggungjwab mendakwah dan berdakwah just untuk title "beragama"?

Kalaulah kamu hanya berfikir tugas berdakwah hanya untuk golongan ustaz dan ustazah maka dimane rase tanggungjawabnya kamu kepada agama?

Setiap kamu diatas muka bumi ini adalah khalifah.!


Betapa banyaknya sahabat2 kite di luar sane dengan senang lenang menyerahkan tugas kepada orang lain.

"Eh,,semua orang bley berdakwahlah!saya cakap.

Ada yang tergamam.buktinya?

SEorang doktor berdakwah pada pesakitnya agar selalu mengingatiNya.kerjakanlah solat walupun sakit kerana dalam islam ada rukhsah pasal solat.ingatkanpada pesakit,selalu bersangka baik kepada pencipta kerana setiap ujian adalah untuk menguji hambaNya yang beriman.

Seorang polis bley je berdakwah kepada orang yang ditangkap,"apkah kamu tidak gerun pada azabNYA pada qiamat nanti?

dan banyak lagi contoh yang len.ye ke tak?

Ade yang menyebut:

"Maaf,saya tak layak berdakwah pada orang.saya pun tak terdakwah.



Jap2..betulkan perpekstif diri kamu sendiri. kalimat DAKWAH bukan just tumpu untuk orang len.tapi juga untuk diri kamu sndri.

Saranan saya,jika kamu tidak mampu nak bimbing orang,,nak nasihat orang,nak ajak orang buat kebaikan,
maka berdakwahlah pada diri kamu sendiri.Jadilah seorang ustaz dan ustazah pada hati kamu.pada iman kamu.adakah itu juga cukup sukar pada kamu?Ubahlah dari segi pandanganmu.


Jangan tunggu orang datang untuk berdakwah kepada kamu.tapi kamu yangsepatutnya  memulakan sendiri perjalanan dakwah nie.

Islam bukan untuk dipermainkan. jage adab2 kamu. berbicaralah dengan berhemah. berjalanlah dengan zuhud, dengarkanlah perkara yang baik.moge kamu adalah orang yang diredhaINYA.aAmin.



MAAF!bukan golongan ustaz dan ustazah je yang boleh berdakwah! wallahualam..maaf salah silap.



~marjan jannati~




previous home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Semua milik Allah 2010 hingga kiamat