Sahabat Amat Sejati :) Saya wajib follow sesiapa yg follow saya =)

di mana Dia di hatiku?

Thursday, April 26, 2012

6 UHIBBUKA








Malam dirasakan terlalu dingin buat seorang hamba yang cuba mensucikan dosanya. Ingin cuba menyendiri. Mencari ketenangan. Mengadu semuanya pada ” Dia”.

“Ayuh!”,bangkitlah wahai jiwa yang dahagakan keredhaanNya. Apakah kamu ingin kalah dngan godaan nafsu yang mengajakmu terus melelapkan matamu dan masih lagi selesa melayari tidurmu atas tilam empuk yang suatu hari nanti akan meninggalkanmu. Hanya debu-debu dan tanah yang kering akan menjadi tilammu nanti di alam sana nanti. Masya Allah.jiwaku berkocak kuat. Antara iman dan nafsu bertempur hebat. Yang mana harus aku ikuti..

Mula teringat pada pesanan seorang murrabi. “Apakah kamu wahai pemuda-pemudi islam masih mahu bermain mimpi yang indah sedangkan saudaramu disana berperang hebat dengan musuh islam. Sentiasa berjaga-jaga.Menguatkan semangat dengan berqiamulai. Mengeratkan ukhuwah dan bersatu hanya dengan berbekalkan keyakinan pada DIA!tapi kamu? Masih lagi dalam khayalan. Terhimpit dengan suasana  manusia akhir zaman. Tergoda dek hasutan.bermain nafsu! Selalu mengikuti kata hati. Tapi kata iman? Apakah kamu lupa yang kite masih punyai perjalanan yang sangat jauh lagi. Harapan kte SYURGA.destinasi kite akhirat! Masya Allah. Setiap kali teringat pesanan dari murabbi,datang satu perasaan lain pada diriku.ye! Aku harus berubah.destinasi kite syurga. Lawan perasaan.! Itu tekadku.

Waktu setia berdetik. Menandakan patuh pada Dia. Aku terus khusyuk dalam sujudku. Situ,tiada yang lain. Selain aku dan DIa..yang selalu mendengar rintihanku. Mendengar tangisanku. Mendengar permintaan hambanNya. Kerna Dia yang tahu.apa yang ada dalam hatiku.

Assalamualaikum warahmatullah…bismillahirrahmanirrahim..Aku mula menadah doa usai berzikir..Sekali lagi pipiku dibasahi manik-manik jernih.Entah apa yang melandaku.mudah aje menangis.Itulah hebatnya Dia.
Aku berdoa,”Ya Allah,tetapkanlah hatiku.jangan kau pisahkan aku dengan Engkau.biarlah aku kehilangan orang lain tapi janganlah aku kehilangan Engkau.”

P/S: Janganlah mencari Dia kerna kamu inginkan jawapan darinya. Tapi.carilah Dia kerna Dialah jawapan segalanya untuk kamu..UHIBBUKA YA RABB..

Next previous home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Semua milik Allah 2010 hingga kiamat