Sahabat Amat Sejati :) Saya wajib follow sesiapa yg follow saya =)

di mana Dia di hatiku?

Thursday, September 30, 2010

2 Ummi Mithali



(klik utk besarkan gambar, cam biasa hnya terdapat di blog ini)

Entri ini akan diedit kemudian..
Sambil2 tunggu entri ini diedit kembali, layanlah lirik lagu Rabbani ini dulu:
Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami

Wednesday, September 29, 2010

9 Solat Terakhir Rasulullah SAW



(klik utk besarkan gambar, hanya terdapat di blog ini)


Assalamualaikum wbt.

Tahukah kalian Surah Al-Kahfi ayat 110 adalah Surah terakhir yang Rasulullah baca dalam Solat Subuh baginda yang terakhir? 
Firman Allah: 
قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَـٰهُكُمْ إِلَـٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
 "Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya."

Cuba kita bayangkan jika kita berada di belakang Rasulullah ketika itu bagaimanakah perasaan kita? Sayu, terharu, sedih, semua bercampur baur. Pada pandangan penulis, ini adalah cara yang baik untuk kita mengingati dan mencintai Rasulullah secara langsung. 

Penulis juga pernah mendengar satu tazkirah ringkas dari TGNA, beliau mengesyorkan supaya kita kreatif sikit apabila kita menghayati makna dalam Al-Quran. Misalnya, firman Allah dalam Surah Al-Dhuha ayat 3:

مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ

"(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). "

Cuba anda tukarkan wahai Muhammad itu dengan wahai (nama kamu), penulis letak nama penulisla senang sebagai contoh:

"....(Bahawa) Tuhanmu (wahai Jannati) tidak meninggalkanmu Jannati dan Dia tidak benci (kepadamu Jannati,.... "

Lihat, seakan-akan Allah berbicara dengan kita sendiri! Bayangkan Allah kata sendiri pada kita Dia tidak mahu tinggalkan kita dan tak benci kita..Allah.....Sayang sungguh Allah pada kita kan? !

Walaupun bukan pada semua ayat kita boleh ubah dan bayangkan begini, tapi sekurang-kurangnya kita dapat belajar mencintai Allah dan RasulNya dengan lebih dekat. 
Sampai sini sahaja. Wassalam.




Monday, September 27, 2010

7 Selamat Bertunang & Berkahwin :)




(sila klik utk besarkan gambar, gambar ini hnya didapati di blog ini)

Sebaik sahaja musim perayaan, cuti sekolah, atau pada tarikh-tarikh yang cantik seperti 10 October 2010 ( 10.10.10 ) dan lain-lain hari yang istimewa, pasti ada sahaja kawan-kawan kita yang bertunang dan berkahwin. Alhamdulillah..kerana hanya dengan jalan pernikahan sahajalah maksiat dapat dikurangkan antara lelaki dan perempuan. 

Jangan pula takut untuk berkahwin awal. Allah janji rezeki dan jalan kemudahan dalam firmanNya:
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui."
(  سورة النور  , An-Noor, Chapter #24, Verse #32)

Jadi, tunggu apa lagi...suruh mak ayah carikan yang terbaik =)

Wassalam.


Sunday, September 26, 2010

0 Selamat Menghadapi Peperiksaan



(klik utk besarkan gambar, hnya trdpt di blog ini)

Assalamualaikum wbt..
Pengunjung yang dirahmati Allah, musim peperiksaan sudah hampir tiba. PMR, PMRU, SMU, SPM, STPM, STAM dan macam-macam lagi exam di peringkat-peringkat yang berbeza. Jadi, pemilik blog mengucapkan selamat menduduki peperiksaan masing-masing dan moga Allah memberikan kejayaan dan keberkatan kepada mereka yang dah berusaha dengan sabar dan solat. Sudah biasa kita dengar kalam Allah yang menyebut dalam Al-Quran yang mulia:
"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah  apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
(  سورة الرعد  , Ar-Rad, Chapter #13, Verse #11)

Diingatkan bukan sahaja ujian di atas kertas dan dewan peperiksaan sahaja manusia itu akan diuji, bahkan segenap sudut kehidupan manusia itu akan diberikan ujian demi ujian kerana kita hanya hambaNya dan Dia berhak memberikan kita test yang sewajarnya supaya kita tunduk dan terus tunduk pada suruhanNya.

Wassalam. 

Saturday, September 25, 2010

1 Ingat Mati



(klik utk besarkan gambar, hanya terdapat di blog ini)

Imam Al-Baqilani berkata, 
"Dalil akan pastinya azab kubur adalah firman ALLAH SWT, "Dan barangsiapa yang berpaling dari Al-Qur'an ini, maka baginya kehidupan yang sempit." Berkata Abu Hurairah bahawa maksudnya azab kubur, demikian pula sabda Nabi SAW,  "Kubur itu adalah satu taman dari taman-taman syurga atau satu lubang dari lubang-lubang neraka." Demikian pula ayat tentang siksaan bagi Fir'aun, serta hadis do'a Nabi SAW untuk dilindungi dari azab kubur." (Al-Inshaf, I/15.)



Friday, September 24, 2010

1 Sentiasa Senyum Pada Tempatnya



(klik utk besarkan gambar, spt. biasa gambar ini hanya didapati di blog ini - dipersilakan copy)

Di dalam Al-Quran ada menyebut tentang senyuman, yakni Nabi Ibrahim yang diberikan kelebihan mendengar dan memahami percakapan haiwan, yang tersenyum setelah mendengar dialog antara semut-semut. 
Firman Allah: 
"Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh."
(  سورة النمل  , An-Naml, Chapter #27, Verse #19)

Jadilah hamba yang tersenyum, jadilah hamba yang bersyukur.
Sekian untuk hari ini.

Thursday, September 23, 2010

10 Selalu Zikrullah Subhanallah




(klik untuk besarkan gambar, dialu-alukan copy sesiapa yang nak. Gambar ini hanya didapati di blog ini)


Photoshop je ni. Lagi akan menyusul kemudian hari. InsyaAllah.

Friday, September 3, 2010

2 Fastabiqul Khairat



Berlumba-lumba mengejar kebaikan..Satu istilah yang agak simple dan ringkas tapi memberi manfaat yang agak besar dalam kehidupan didunia hatta di akhirat..kejarlah...sesungguhya itulah yang akan memberi jaminan kepadamu,wahai umat yang diberkati oleh Allah..Jadi ini peluang kita semua untuk bersedekah sambil mengejar kebajikan untuk dibawa ke akhirat nanti..Ingatlah.Setiap tangan yang memberi seperti tangan yang menghulurkan kepada Tuhannnya..Satu kebajikan dibalas sepuluh oleh Allah..Subhanallah!!!

0 ramadan cinta



subhanallah!terbit tulus dari jiwa yang hina ini mengucapkan kalimat suci illahi..ramadan.satu perkataan yang cukup dinanti-nantikan para pencinta tuhan.Tiada bulan yang lebih mulia dari bulan ramadan yang dirahmati Allah   subhanahu wataala..Sujud syukur dikurniakan kerana masih lagi diberi peluang menghirup nafas ketenangan di bulan barakah ini..Alhamdulillah!!!Semoga setiap amalan amar makruf nahi mungkar diterima olehNya dari diri yang kerdil dan hina ini..,

0 ahlan wasahlan wa marhaban bikum



Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menghasilkan sebuah blog ringkas dan bermanfaat..diharap dapat memberi info yang berguna dan dakwah islamiah.

Next home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Semua milik Allah 2010 hingga kiamat